Pengikut

Sabtu, 11 Februari 2017

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS NASIHAT MAK AKU DALAM PERKAHWINAN.....SIMPLE TAPI BOLEH DI ADAPT DALAM REALITI KEHIDUPAN HARI INI

Nasihat Mak Aku Tentang Perkahwinan

Salam. Thank you admin sudi post confession aku ni. Firstly, aku ni perempuan, berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Mesti korang wonder kenapa aku yang belum kahwin ni nak cerita pasal kahwin? Sebenarnya aku just nak share advices daripada mak aku sendiri.

Kakak aku bakal berkahwin hujung minggu ini, so aku balik Malaysia sebab nak tolong2 sikit. Setelah selesai kerja aku, tiba2 mak aku panggil dari ruang tamu. Aku pun pergi la. Kakak pun ada sekali kat situ. Mak aku pulak tengah pegang tafsir Al-Quran.

Tiba2 mak aku tanya soalan, kenapa Tuhan jadikan syurga penuh dengan bidadari? Aku tanyalah balik kenapa sebab dia diam la pulak. Buat suspend je. Lepas tu dia jawab, sebab kurangnya wanita di dalam syurga. Aku dah tersentak. Sudah la tadi solat maghrib lambat. Paham2 la kalau kurang dekat syurga tu, lebih dekat mana. Mak aku sambung lagi, ada sebab kenapa Tuhan jadikan suami itu pintu syurga buat isteri. Sebab dia buat suspend lagi, kakak aku pulak tanya apa sebabnya. Macam tanyalah Ustazah pulak. Sebab mudahnya perempuan mendapat pahala melalui suami, tapi senang juga mendapat dosa melalui suami.

Aku perasan lepas balik umrah, mak aku betul2 dah berubah, especially hubungan dia dengan abah. Dulu, mak aku ni keras hati sikit. Abah aku pulak betul2 opposite. Baik, penyayang dan memang penyabar. Dia sabar dengan kerenah mak aku yang selalu berkasar dengannya. Disebabkan mak aku ni kurang motherly, abahlah tempat kami bermanja. Kadang2 aku sendiri tak setuju dengan perbuatan mak aku,

Ok, sambung forum aku tadi. Mak aku bukak cerita pasal umrah dia dan apa yang membuatkan dia sedar. Parents aku pergi umrah tahun lepas dengan adik beradik belah mak aku. Hari kedua umrah, abah demam panas, mungkin sebab badannya tak boleh adapt lagi dengan cuaca kat sana. Pagi itu, mak aku dah bersiap nak pergi, abah cakap dekat dia yang dia tak larat nak pergi. Mak aku marah dan mula membebel. Dia mengungkit pasal duit, dah mahal2 pergi situ tak nak turun. Tapi, abah memang betul2 tak larat. Mak aku turun juga dengan kakak2nya meninggalkan abah dalam bilik.

Orang kata, dekat Tanah Suci, hati2 dengan percakapan dan perlakuan kita sebab Tuhan bagi ‘cash’. Selepas breakfast, mak aku balik bilik. Dia terkejut abah aku takde dalam bilik. Takkan dia keluar sebab dia sakit. Mak aku check bilik air semua takde. Mak aku dah panic, dia terus pergi bilik kakak2 dia. Mereka naik ke bilik mak aku untuk double check. Memang abah takde. Bilik tu simple, katil, almari dan satu toilet. Mak aku dan mak2 sedara aku terus turun untuk cari abah. Merata2 mereka cari, tak jumpa. mak aku dah mula menangis, kesal dengan kata2nya pagi tadi. Kadang kita manusia, dah tiada depan mata baru nak hargai. Mak2 sedara aku tanya mak aku betul ke abah sakit pagi tadi. Mak aku cakap memang abah sakit. Dia memang tak boleh bangun nak mandi pun. Badannya panas.

Setelah puas mencari, mak aku dan kakak2 nya menunaikan solat di Masjidil Haram. Mak aku berdoa agar temukan dia dengan abah dan dia berjanji tidak akan melayani suaminya sebegitu lagi. Selepas solat, mereka semua pulang ke hotel, nak bersihkan diri dan teruskan pencarian. Sebaik sahaja mak aku sampai di biliknya, tiba2 abah ada terbaring di atas katil sedang tidur. Mak terus kejutkan abah dan mula menangis2 menanyakan ke mana dia pergi sejak pagi tadi. Sebelum menunaikan umrah, mereka sudah berjanji untuk memberitahu satu sama lain sebelum pergi ke mana2. Abah hairan. “Abang tak pergi mana2, kan abang sakit”, kata abah. Mak aku terkejut. “Demi Allah abang, tadi abang takde dalam bilik. Kakak tadi datang bilik ni pun tak nampak abang”. Sampai mak aku terpikir mungkin abah sleepwalking kot, tapi tak pernah pulak sepanjang mereka berkahwin abah sleepwalking. Abah aku cakap dia yakin dia tak keluar daripada bilik sebab dia siap ambil sleeping pills lagi. Mana mungkin dia bangun.

Bila diceritakan kepada kakak2 mak aku, mereka juga tidak percaya sebab mereka pasti abah takde dalam bilik pagi tu. Memang misteri betul kehilangan abah pagi itu, tapi cukup untuk menyedarkan mak aku. Mungkin itu cara Tuhan nak tunjuk. Mak aku sebak menceritakan kisah ini pada kami. Dia tak boleh bayangkan kehilangan abah dengan cemuhan daripadanya sebagai kata2 akhir.

Mak aku berpesan, Islam is not just about worshipping God, it’s a way of life. Pentingnya seorang bakal isteri/suami untuk mencari ilmu tentang perkahwinan mengikut Islam. Both suami isteri perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Yang suami perlu menegur isteri jika isteri buat kesilapan. Dan isteri juga perlu menerima teguran suami dengan hati yang terbuka. Abah memang takut dengan mak sampai pernah sekali abah nak melawat nenek, mak larang dan abah akur dengan ibu. Sedangkan nenek suruh abah datang dan harus dipenuhi kerana syurga suami masih di bawah telapak kaki ibu. Persoalannya, kita nak redha isteri dan mengundang murka Tuhan atau sebaliknya?

So, marriage is a big commitment. Kahwin memang seronok, but it comes with responsibilities. Zaman sekarang memang challenging, terutamanya untuk pasangan yang baru nak membina hidup bersama. In marriage, kena ada tolerance and the need to ease each other. Untuk perempuan, ringankan lah beban suami. Isteri abang aku tak tahu masak, hari2 makan luar. Sampai abangku balik rumah mak, gaya makan macam dah lama tak makan. Salah satu cara nak ambil hati suami adalah dengan menjaga makan nya, bak kata mak aku. Lagi satu, makan luar juga affect them financially sebab abang aku pun gaji takdela tinggi mana. Kesian pulak kat abang aku.

Bila adik aku dah join forum ni, dia pun kena sekali. Suami juga perlu memahami isteri. Bantu isteri mana yang boleh. Ringankanlah tulang tu buat kerja rumah. (perli adik aku sebenarnya). Lagi satu, tundukkan pandangan tu. Mak aku ex-banker, so dia cerita la banyaknya scandal laki orang dengan bini orang etc. Suami seharusnya menundukkan pandangannya bila bertemu dengan perempuan lain. Kadang perempuan suami dia pandang perempuan lain, of course la jealous. Ok, maaflah confession aku ni panjang sangat, aku memang copy paste apa yang mak aku cakap. Semoga bermanfaat and my sincere apology if anything that I wrote hurts anyone. Believe me, it is meant to educate, not to offend.

– A Daughter

Selasa, 3 Januari 2017

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS IJAT.....TACING AKU

Ijat

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (kakngah). Atas aku Abanglong, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abanglong tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abanglong, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan. Haaa, scary tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berdosa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang meninggal setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku. Tapi seriously, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild stroke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba. Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan. Dengan ubat-ubatannya, hantar fisoterapi, hantar berurut secara tradisonal lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka excitedlah para guru memohon sekolah SBP/MRSM untuk Ijat. Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang dilanda ujian tu, kami buntu. Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah. Tapi,bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus marah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dengan ibu lah yang terlebih excited. Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni. Hahaha.Yuran makan, yuran asrama,yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap. Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pon tak tahu dia pergi mana. Tahu-tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jengjengjeng.

Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kakngah. Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang lombong tu” Allahuakbar, menitik-nitik air mata aku. “Kakngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yang ada roda besar tau (luggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yang buang beg tu cam tengok-tengok Ijat. Esok kakngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”. Waktu tu, aku macam nak meraung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan.

Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama-sama malam tu.Sedih yang tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang sebat luggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pon ok,Cuma koyak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yang koyak-koyak tu, pastu aku cover dengan perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit. Sebak aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak koyak mulut dia, punya happy ada beg roda.

Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru IJat. Dengan semangat penuh di dada, Ijat tarik luggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik-cantik area retak tu. Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas-kemas belaka, ahli kelaurga pon macam satu kampong datang nak menghantar. Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je.Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu.

Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pon cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni. Ijat tarik aku ketepi, “kakngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap.Ijat diam. Yelah,umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la. Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yang kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan. Luggage dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yuran yang kami dah bayar. Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Menangis la aku dengan Ijat berpeluk-pelukan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dengan aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat.Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi doctor yang ikhlas membantu pesakit kerana Allah. Kakngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doctor.

– Kakngah

Khamis, 15 Disember 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS :- DENDAM YANG SWEET....PENULISAN YANG BERSAHAJA TAPI AGAK MENARIK BAGI AKU

Dendam Yang Sweet

Malas nak intro sebab aku tau admin mesti up cerita aku ni.. haha..
ni bukan cerita pasal aib keluarga, acah2 anak orang kaya mahupun bongkak dalam humble.

    Ok macamni, 6 tahun lepas masa baru lepas grad, aku bekerja sebagai technician di sebuah bangunan bank yang agak terkemuka, technician yg aku maksudkan ni ialah juruteknik printer untuk bank tu, so kami ditempatkan di dalam bangunan bank yang gah itu. Dari tingkat bawah, sampai lah pucuk, kalau ada printer jenama XXX ni, tu semua aku dan team yg handle. Walaupun gaji kami kecik, tapi muka2 technician ni sangatlah famous, yela paper sangkut sikit pun nak cari kitorang.

Kisahnya bermula disini, setelah hampir setahun aku kerja kat situ, ramai staf2 dari bank tersebut kenal aku. Ingat ya? aku bukan staf bank kat situ, kami lain2 boss. Nak dijadikan cerita pulak aku ni jenis peramah, suka menyakat, lebih2 lagi makcik2 dan akak2 kat situ. Boleh dikatakan ada diantara diorang ni sangat2 rapat dgn aku dan dah mcm family pun. Kadang kena suruh tapau makan la apa, aku sikit pun tak kisah.

Dalam ramai2 staf bank kat situ, ada lah seorang akak ni, umur dia boleh aku katakan on the way nak bersalin kulit jadi makcik. Dalam 40’an la. Haaa dia ni watak utama. Boleh la aku namakan dia kat sini Kak Bun. Gaya dia mcm datin yg tak berapa nak datin, perfume dia bau mcm kunyit, laki dia orang bisnes walaupun naik waja pintu lain2 color. Kak Bun ni mulut laser, suka sembur dulu baru tanya apa masalah. Tapi dgn aku dia selalu kalah sebab aku terkenal dengan mulut jamban 10kali ganda dari dia.

Makin lama aku kerja kat situ, makin dalam hati budi manusia aku selam. Ada yg baik depan2, belakang2 pun baik jugak. Ada yg depan belakang macam iblis. Aku tetap jadi diri aku, budak kampung yg nak cuba nasib hidup di bandar. Dalam masa yg sama jugak, macam2 aku dengar cerita pasal Kak Bun. Tapi sekadar cerita, aku tak amik port sgt. Biasa la tu, jahat mulut. Dalam team aku sendiri pun ada mcm2 jenis perangai, tapi semuanya baik hati la.

Satu hari, aku di call oleh Kak Bun, suruh ke cafe nak jumpa aku katanya. Dah selesai kerja sikit, aku terus turun ke cafe n Kak Bun tengah tunggu aku di satu sudut yg agak kurang manusia. Lain mcm ja ibu buntal harini, biasa ada apa2 suruh ke meja dia ja. Dah tau kan kenapa aku panggil Kak Bun? Haha..

Ok setelah 4minit setengah aku duduk, baru la dia cerita sebab apa nak jumpa aku. Nak pinjam ketul (duit). Dia selit la sekali cerita yg laki dia bisnes down sikit lately, anak2 nak masuk sekolah (masa tu awal tahun). Disebabkan aku pikir pasal anak2 dia, aku pun bagi la ketulan tersebut, RM1000 (sila ingat jumlah ini). Sikit la bagi korang yg banyak ketul, bagi aku tu banyak sebab tu lah duit simpanan aku nak renovate rumah mak kat kampung. Ala lagipun dia janji nak bayar lagi 2 minggu. So aku pun pejam mata dan hulur.

Musim persekolahan pun bermula, 2 minggu berlalu dan aku pun tanya untuk pertama kalinya pasal rm1000 aku tu. Itupun tanya sambil2 berpantun seloka syair gurindam warisan melayu ja. Dalam gurau2. Tapi Kak Bun cakap dia masih tak mampu bayar balik lagi ketul aku tu. Aku pun cakap bayar sikit2 pun takpa kak. Dia janji lagi seminggu, so aku pun ok ja.

Seminggu berlalu, aku dah malas nak tanya. Ya lah, sendiri faham la kan, aku pun taknak dia rasa segan dgn aku disebabkan RM1000 tu. Dari seminggu membawa ke sebulan, dari sebulan ke dua bulan dan seterusnya tiga purnama kanda menunggu. Sampai aku pun dah lupa yg Kak Bun ada hutang aku. Ya lah, aku bujang tak guna banyak ketul sangat. Aku ambil pendekatan bertawakal ja lah, duit boleh cari, rezeki Allah melimpah ruah atas bumi ni.

Cerita diteruskan apabila babak yang kurang enak aku hadap hari demi hari. Aku ni main band, just suka2 kalau ada function ja aku perform la kat mana2 hotel atau apa2 majlis. Tu pun weekend atau public holiday. Nak jadi artis takut kena sebat dengan bapak aku, dia ni imam kat kampung (sedikit pengenalan pasal hidup aku). So masa aku perform kat sebuah hotel yg agak mewah di cherating, dalam tengah duk goreng solo lagu wonderful tonight tu, aku nampak kelibat objek seakan2 ikan buntal tengah duk melahap juadah ala2 makan malam kerabat diraja perancis. Ya!! Kak Bun and family!

Dalam dewan makan yg besar tu aku pasti dia tak perasan aku atas pentas. Dan masa aku dapat tau itu Kak Bun, solo wonderful tonight pun dah jad solo highway star. Takpa aku cool dan kawal perasaan, mungkin percutian mewah dia tu ditaja. Ya lah, apa la sangat RM1000 aku tu.

Benda ni masih aku simpan, malas nak tanya dia pergi cherating ka atau mana2. Walhal terang2 itu Kak Bun. Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Dah berminggu-minggu jugak aku jarang jumpa Kak Bun. Sampai aku dengar dia tukar kereta baru, pergi melancong ke Korea. Yg bagitau pulak staf2 sejabatan dgn Kak Bun, dan dari situ jugalah aku dapat tahu yg Kak Bun ni tak disukai oleh kalangan diorang. Pasal kipas mengipas, jatuh menjatuhkan orang lain. Sampai ada yg berhenti kerja dek penangan Kak Bun ni. Walhal tak menjejaskan periuk nasi dia pun. Sakit hati pulak aku dengar. Tapi tak apa, apa la sangat RM1000 aku tu, lagipun aku ni orang tak pandang sangat pun, ya lah budak printer ja.

Sehingga lah pada satu hari, aku dipanggil oleh boss aku. Sebab ada staf bank kat situ email boss aku dan cakap aku curi duit salah seorang dari staf bank kat tempat aku mencari rezeki ni. Terduduk aku. Tak pernah2 aku buat kerja gila ni. Tudung pen pun aku tak pernah curi, inikan duit. Memang ada kes curi masa tu, banyak jugak jumlah dan ketulan2 yg hilang, tapi aku yg dituduh dan kebetulan tak ada cctv, so senang nak petik mana2 individu. Ya lah, kerja aku memang kena merayap dari tingkat ke tingkat.

Dipendekkan cerita aku terima notis 24jam dan aku dihantar ke HQ untuk berkhidmat disana (diturunkan pangkat jadi budak stor). Itupun atas belas ehsan boss aku. Kalau tak memang kena terminate, tak apa lah asalkan ada kerja, mana aku ada duit nak lawan kes ni. Dan aku pun taktau kesudahan kes tu. Dan yg amat mengejutkan, orang yg email boss aku itu ialah si Buntal mak datin yg dah cekau duit aku tu. Mengucap berbakul dibuatnya. Aku masih maafkan dan dalam masa yg sama jugak ada terselit rasa dendam. Ya lah, gaji dah jadi kecik. Nak saving lebih dah tak dapat.

Masuk bulan puasa, banyak duit nak pakai. Rumah mak aku pun masih tak renovate lagi, dengan nak raya lagi, sewa rumah aku lagi. Aku cuba hubungi Kak Bun, tak ada respon mahupun aku tinggalkan message. Makin menebal la marah aku. Dan dalam masa yg sama jugak aku dengar Kak Bun dah makin kusut masai, tiada lagi bau perfume kunyit, katanya bisnes laki dia dah lingkup sebab terlalu banyak hutang. Datang kerja pun naik motor dengan laki dia, kereta baru kena tarik. Dan dengar cerita dia ada buat bisnes kuih raya.

Disini bermulanya klimak ejakulasi cerita aku. Dengan berbekalkan rasa dendam yang menebal, disebabkan sikap “mulia” dia tu. Aku terus pergi jumpa Kak Bun, nak order kuih. Okay korang fokus part ni. Kuih yg dia jual tu boleh tahan mahal, RM32 sebalang. Jadi aku buat2 cakap macam biasa seolah2 tak ada apa berlaku. Dia pun macam tak detect apa2 pun, pasal hutang lagi la tak sebut. Aku pun cakap “Saya nak order 30 balang kak, malas lah nak pergi beli kat shopping mall”. Ok korang terus ja baca perenggan seterusnya.

Mungkin Kak Bun fikir aku masih kesiankan dia macam mana aku tolong dia dulu. Dia tanya aku bila nak kuih2 ni, aku cakap lagi dua minggu. Dan dia pun terus buat tanpa mintak wang deposit. Ya lah, aku kan susah nak tipu orang, tapaukan makanan dia pun aku bagi duit baki walaupun 30sen. Hari demi hari berlalulah ramadhan dan lebaran kian tiba.

Seperti yang dijanjikan, aku terus start motor ke rumah dia untuk collect kuih2 yg aku tempah. Ni kali kedua aku ke rumah dia, kali pertama aku pergi masa tolong laki dia pasang aircond kat rumah dia. Ok kuih muih pun dah isi semua dalam beg galas besar, aku pun nak balik. Sambil aku cakap “Kak, sebalang RM32 kan? Saya beli 30 balang, jadi RM32 x 30 = RM960 lah kan? Akak ingat tak akak ada hutang saya 8bulan lepas? RM1000, jumlah kuih ni kira bayar hutang lah kak ye? Takpa saya tolong kirakan: RM1000 – RM960 = RM40. Baki RM40 tu akak bagi kat anak2 sorang RM10, itu duit raya dari saya, selamat hari raya kak, maaf zahir dan batin…….” Kak Bun terus tercengang dan terkedu lidah tanpa kata.

Selebihnya aku malas nak tulis panjang dah, apa yang penting moral dia kat sini, memang aku kejam. Tapi niat aku cuma nak bagi satu pengajaran buat manusia spesies seperti ini. Harap korang semua dapat terima cerita ini dengan hati yg terbuka. Yg mana bajet cool rakan surau nak bash aku, silakan aku tak heran pun. Hehehehe.. Nikmat kesenangan Allah boleh bagi dalam sekelip mata, dan sekelip mata jugalah semua2 nikmat tu Dia boleh tarik balik.

Sekian.

~ budak printer.

– Budak Printer

Isnin, 14 November 2016

KITA MENJADI PERANTARA YANG ALLAH KIRIM UNTUK MENJAWAB DOA PAKCIK ITU....(COPYPASTE STATUS DARI JAKIM)

Ni citer beberapa hari lepas masa cod barang, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat , kaki tangan hitam berminyak , baju  seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhati ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip  nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar , sayur,  telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar , tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila  tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, mama kenapa mama nangis, ayyad tak naughty lagi, soryy mama.
Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih,

Bersyukurla dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita.  Semoga Allah memelihara kedua beranak itu.

Sabtu, 22 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS:-SIMPANAN RM 35,000 PADA USIA 27 TAHUN

Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

Hari tu aku ada baca pasal cara nak buat savings. Meh aku nak share cara aku buat savings tanpa bantuan parents aku.

Aku umur 27 tahun. Masih bujang dan kerja betul2 kat tengah kl.

Aku grad degree umur 22 tahun. Start kerja tetap hujung umur 23 tahun. Savings aku sekarang aku dah ada rm35 ribu. Aku baru beli rumah dan ada kereta. Aku tak de kredit kad.

Aku ada beberapa akaun.
1. Akaun duit gaji masuk.
2. Akaun tabung haji (obviously duit nak g haji)
3. Akaun bank islam (savings aku dari gaji)
4. Asb

Caranya:
1. Aku memang potong tabung haji. Masa aku mula2 kerja aku dah daftar untuk potong rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotong jugak. So aku xde la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.

2. Asb
Sama mcm kat atas. Aku potong rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings. Haha.

So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.

3. Kwsp
Aku xpernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.

4. Overtime
Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam aku. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.

5. Duit gaji
Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Xde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu.

Aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.

Makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.

6. Ptptn?
Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. Hehehe. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad xyah fikir nak bayar ptptn tu.

7. Kredit kad
Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb xblh kawal diri bila shopping. Haha.

8. Sedekah
Tetiap bulan gaji mestilah akan bg kat mak ayah kat kampung. Beli hadiah kt anak buah aku ke. Belanja parents aku makan. Tapi tetiap bulan aku mmg ada allocation yg aku akan transfer ke akaun yg memerlukan cm aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang2 yg perlukan sumbangan (selalu tgk kt newspaper atau page facebook yg aku rasa legit). Aku juga selalu belanja colleague aku makan.

Serious korang rasa duit korang byk keluar tp at the end of the month korang akan terkejut tgk balance ada lagi siap boleh bt Savings. Itu aku percaya the power of sedekah.

Ni aku share cara aku je. Of course orang lain ada komitmen masing2 dan cara sendiri. Sorry kalau rasa cm xmembantu.

– Miss ati