Dendam Yang Sweet
Malas nak intro sebab aku tau admin mesti up cerita aku ni.. haha..
ni bukan cerita pasal aib keluarga, acah2 anak orang kaya mahupun bongkak dalam humble.
Ok macamni, 6 tahun lepas masa baru lepas grad, aku bekerja sebagai technician di sebuah bangunan bank yang agak terkemuka, technician yg aku maksudkan ni ialah juruteknik printer untuk bank tu, so kami ditempatkan di dalam bangunan bank yang gah itu. Dari tingkat bawah, sampai lah pucuk, kalau ada printer jenama XXX ni, tu semua aku dan team yg handle. Walaupun gaji kami kecik, tapi muka2 technician ni sangatlah famous, yela paper sangkut sikit pun nak cari kitorang.
Kisahnya bermula disini, setelah hampir setahun aku kerja kat situ, ramai staf2 dari bank tersebut kenal aku. Ingat ya? aku bukan staf bank kat situ, kami lain2 boss. Nak dijadikan cerita pulak aku ni jenis peramah, suka menyakat, lebih2 lagi makcik2 dan akak2 kat situ. Boleh dikatakan ada diantara diorang ni sangat2 rapat dgn aku dan dah mcm family pun. Kadang kena suruh tapau makan la apa, aku sikit pun tak kisah.
Dalam ramai2 staf bank kat situ, ada lah seorang akak ni, umur dia boleh aku katakan on the way nak bersalin kulit jadi makcik. Dalam 40’an la. Haaa dia ni watak utama. Boleh la aku namakan dia kat sini Kak Bun. Gaya dia mcm datin yg tak berapa nak datin, perfume dia bau mcm kunyit, laki dia orang bisnes walaupun naik waja pintu lain2 color. Kak Bun ni mulut laser, suka sembur dulu baru tanya apa masalah. Tapi dgn aku dia selalu kalah sebab aku terkenal dengan mulut jamban 10kali ganda dari dia.
Makin lama aku kerja kat situ, makin dalam hati budi manusia aku selam. Ada yg baik depan2, belakang2 pun baik jugak. Ada yg depan belakang macam iblis. Aku tetap jadi diri aku, budak kampung yg nak cuba nasib hidup di bandar. Dalam masa yg sama jugak, macam2 aku dengar cerita pasal Kak Bun. Tapi sekadar cerita, aku tak amik port sgt. Biasa la tu, jahat mulut. Dalam team aku sendiri pun ada mcm2 jenis perangai, tapi semuanya baik hati la.
Satu hari, aku di call oleh Kak Bun, suruh ke cafe nak jumpa aku katanya. Dah selesai kerja sikit, aku terus turun ke cafe n Kak Bun tengah tunggu aku di satu sudut yg agak kurang manusia. Lain mcm ja ibu buntal harini, biasa ada apa2 suruh ke meja dia ja. Dah tau kan kenapa aku panggil Kak Bun? Haha..
Ok setelah 4minit setengah aku duduk, baru la dia cerita sebab apa nak jumpa aku. Nak pinjam ketul (duit). Dia selit la sekali cerita yg laki dia bisnes down sikit lately, anak2 nak masuk sekolah (masa tu awal tahun). Disebabkan aku pikir pasal anak2 dia, aku pun bagi la ketulan tersebut, RM1000 (sila ingat jumlah ini). Sikit la bagi korang yg banyak ketul, bagi aku tu banyak sebab tu lah duit simpanan aku nak renovate rumah mak kat kampung. Ala lagipun dia janji nak bayar lagi 2 minggu. So aku pun pejam mata dan hulur.
Musim persekolahan pun bermula, 2 minggu berlalu dan aku pun tanya untuk pertama kalinya pasal rm1000 aku tu. Itupun tanya sambil2 berpantun seloka syair gurindam warisan melayu ja. Dalam gurau2. Tapi Kak Bun cakap dia masih tak mampu bayar balik lagi ketul aku tu. Aku pun cakap bayar sikit2 pun takpa kak. Dia janji lagi seminggu, so aku pun ok ja.
Seminggu berlalu, aku dah malas nak tanya. Ya lah, sendiri faham la kan, aku pun taknak dia rasa segan dgn aku disebabkan RM1000 tu. Dari seminggu membawa ke sebulan, dari sebulan ke dua bulan dan seterusnya tiga purnama kanda menunggu. Sampai aku pun dah lupa yg Kak Bun ada hutang aku. Ya lah, aku bujang tak guna banyak ketul sangat. Aku ambil pendekatan bertawakal ja lah, duit boleh cari, rezeki Allah melimpah ruah atas bumi ni.
Cerita diteruskan apabila babak yang kurang enak aku hadap hari demi hari. Aku ni main band, just suka2 kalau ada function ja aku perform la kat mana2 hotel atau apa2 majlis. Tu pun weekend atau public holiday. Nak jadi artis takut kena sebat dengan bapak aku, dia ni imam kat kampung (sedikit pengenalan pasal hidup aku). So masa aku perform kat sebuah hotel yg agak mewah di cherating, dalam tengah duk goreng solo lagu wonderful tonight tu, aku nampak kelibat objek seakan2 ikan buntal tengah duk melahap juadah ala2 makan malam kerabat diraja perancis. Ya!! Kak Bun and family!
Dalam dewan makan yg besar tu aku pasti dia tak perasan aku atas pentas. Dan masa aku dapat tau itu Kak Bun, solo wonderful tonight pun dah jad solo highway star. Takpa aku cool dan kawal perasaan, mungkin percutian mewah dia tu ditaja. Ya lah, apa la sangat RM1000 aku tu.
Benda ni masih aku simpan, malas nak tanya dia pergi cherating ka atau mana2. Walhal terang2 itu Kak Bun. Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Dah berminggu-minggu jugak aku jarang jumpa Kak Bun. Sampai aku dengar dia tukar kereta baru, pergi melancong ke Korea. Yg bagitau pulak staf2 sejabatan dgn Kak Bun, dan dari situ jugalah aku dapat tahu yg Kak Bun ni tak disukai oleh kalangan diorang. Pasal kipas mengipas, jatuh menjatuhkan orang lain. Sampai ada yg berhenti kerja dek penangan Kak Bun ni. Walhal tak menjejaskan periuk nasi dia pun. Sakit hati pulak aku dengar. Tapi tak apa, apa la sangat RM1000 aku tu, lagipun aku ni orang tak pandang sangat pun, ya lah budak printer ja.
Sehingga lah pada satu hari, aku dipanggil oleh boss aku. Sebab ada staf bank kat situ email boss aku dan cakap aku curi duit salah seorang dari staf bank kat tempat aku mencari rezeki ni. Terduduk aku. Tak pernah2 aku buat kerja gila ni. Tudung pen pun aku tak pernah curi, inikan duit. Memang ada kes curi masa tu, banyak jugak jumlah dan ketulan2 yg hilang, tapi aku yg dituduh dan kebetulan tak ada cctv, so senang nak petik mana2 individu. Ya lah, kerja aku memang kena merayap dari tingkat ke tingkat.
Dipendekkan cerita aku terima notis 24jam dan aku dihantar ke HQ untuk berkhidmat disana (diturunkan pangkat jadi budak stor). Itupun atas belas ehsan boss aku. Kalau tak memang kena terminate, tak apa lah asalkan ada kerja, mana aku ada duit nak lawan kes ni. Dan aku pun taktau kesudahan kes tu. Dan yg amat mengejutkan, orang yg email boss aku itu ialah si Buntal mak datin yg dah cekau duit aku tu. Mengucap berbakul dibuatnya. Aku masih maafkan dan dalam masa yg sama jugak ada terselit rasa dendam. Ya lah, gaji dah jadi kecik. Nak saving lebih dah tak dapat.
Masuk bulan puasa, banyak duit nak pakai. Rumah mak aku pun masih tak renovate lagi, dengan nak raya lagi, sewa rumah aku lagi. Aku cuba hubungi Kak Bun, tak ada respon mahupun aku tinggalkan message. Makin menebal la marah aku. Dan dalam masa yg sama jugak aku dengar Kak Bun dah makin kusut masai, tiada lagi bau perfume kunyit, katanya bisnes laki dia dah lingkup sebab terlalu banyak hutang. Datang kerja pun naik motor dengan laki dia, kereta baru kena tarik. Dan dengar cerita dia ada buat bisnes kuih raya.
Disini bermulanya klimak ejakulasi cerita aku. Dengan berbekalkan rasa dendam yang menebal, disebabkan sikap “mulia” dia tu. Aku terus pergi jumpa Kak Bun, nak order kuih. Okay korang fokus part ni. Kuih yg dia jual tu boleh tahan mahal, RM32 sebalang. Jadi aku buat2 cakap macam biasa seolah2 tak ada apa berlaku. Dia pun macam tak detect apa2 pun, pasal hutang lagi la tak sebut. Aku pun cakap “Saya nak order 30 balang kak, malas lah nak pergi beli kat shopping mall”. Ok korang terus ja baca perenggan seterusnya.
Mungkin Kak Bun fikir aku masih kesiankan dia macam mana aku tolong dia dulu. Dia tanya aku bila nak kuih2 ni, aku cakap lagi dua minggu. Dan dia pun terus buat tanpa mintak wang deposit. Ya lah, aku kan susah nak tipu orang, tapaukan makanan dia pun aku bagi duit baki walaupun 30sen. Hari demi hari berlalulah ramadhan dan lebaran kian tiba.
Seperti yang dijanjikan, aku terus start motor ke rumah dia untuk collect kuih2 yg aku tempah. Ni kali kedua aku ke rumah dia, kali pertama aku pergi masa tolong laki dia pasang aircond kat rumah dia. Ok kuih muih pun dah isi semua dalam beg galas besar, aku pun nak balik. Sambil aku cakap “Kak, sebalang RM32 kan? Saya beli 30 balang, jadi RM32 x 30 = RM960 lah kan? Akak ingat tak akak ada hutang saya 8bulan lepas? RM1000, jumlah kuih ni kira bayar hutang lah kak ye? Takpa saya tolong kirakan: RM1000 – RM960 = RM40. Baki RM40 tu akak bagi kat anak2 sorang RM10, itu duit raya dari saya, selamat hari raya kak, maaf zahir dan batin…….” Kak Bun terus tercengang dan terkedu lidah tanpa kata.
Selebihnya aku malas nak tulis panjang dah, apa yang penting moral dia kat sini, memang aku kejam. Tapi niat aku cuma nak bagi satu pengajaran buat manusia spesies seperti ini. Harap korang semua dapat terima cerita ini dengan hati yg terbuka. Yg mana bajet cool rakan surau nak bash aku, silakan aku tak heran pun. Hehehehe.. Nikmat kesenangan Allah boleh bagi dalam sekelip mata, dan sekelip mata jugalah semua2 nikmat tu Dia boleh tarik balik.
Sekian.
~ budak printer.
– Budak Printer