Pengikut

Sabtu, 22 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS:-SIMPANAN RM 35,000 PADA USIA 27 TAHUN

Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

Hari tu aku ada baca pasal cara nak buat savings. Meh aku nak share cara aku buat savings tanpa bantuan parents aku.

Aku umur 27 tahun. Masih bujang dan kerja betul2 kat tengah kl.

Aku grad degree umur 22 tahun. Start kerja tetap hujung umur 23 tahun. Savings aku sekarang aku dah ada rm35 ribu. Aku baru beli rumah dan ada kereta. Aku tak de kredit kad.

Aku ada beberapa akaun.
1. Akaun duit gaji masuk.
2. Akaun tabung haji (obviously duit nak g haji)
3. Akaun bank islam (savings aku dari gaji)
4. Asb

Caranya:
1. Aku memang potong tabung haji. Masa aku mula2 kerja aku dah daftar untuk potong rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotong jugak. So aku xde la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.

2. Asb
Sama mcm kat atas. Aku potong rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings. Haha.

So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.

3. Kwsp
Aku xpernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.

4. Overtime
Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam aku. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.

5. Duit gaji
Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Xde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu.

Aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.

Makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.

6. Ptptn?
Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. Hehehe. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad xyah fikir nak bayar ptptn tu.

7. Kredit kad
Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb xblh kawal diri bila shopping. Haha.

8. Sedekah
Tetiap bulan gaji mestilah akan bg kat mak ayah kat kampung. Beli hadiah kt anak buah aku ke. Belanja parents aku makan. Tapi tetiap bulan aku mmg ada allocation yg aku akan transfer ke akaun yg memerlukan cm aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang2 yg perlukan sumbangan (selalu tgk kt newspaper atau page facebook yg aku rasa legit). Aku juga selalu belanja colleague aku makan.

Serious korang rasa duit korang byk keluar tp at the end of the month korang akan terkejut tgk balance ada lagi siap boleh bt Savings. Itu aku percaya the power of sedekah.

Ni aku share cara aku je. Of course orang lain ada komitmen masing2 dan cara sendiri. Sorry kalau rasa cm xmembantu.

– Miss ati

Rabu, 19 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS:-ABANG MEKANIK(SO INSPIRE SEMOGA PERKAHWINAN DIPERMUDAHKAN AAMIIN SANGAT SALUTE DENGAN PEREMPUAN NIH)

Abang Mekanik

Aku berusia 27 tahun,berkelulusan master,bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3k. Sabar…jangan judge apa2 dulu.

Aku asal dari utara. Yang orang dok kata “perempuan utara ni mahal2..yes aku sangat terkejut bila makabah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). So bermulalah episode ak direject oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati. Name it…dari kerja pejabat tanah..offshore..cikgu..semua tarik diri bila dengar jumlah duit kawin.

Bila dah cinta sesangat,ak siap pujuk makabah,kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang

“kalau kahwin pun nak minta kurang,macam mana nak bela anak mak”

“nak dapat sesuatu kena la usaha”

“senang dapat senang kena buang”

Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata..ermm baik sy beli kereta kalau hantaran dah mcm tu.

Hadehh…

Umur 25,akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k,dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit.

Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat makabah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu.

”adik boleh terima dia,mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..”

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak,sebab abg ipar 1st kije offshore kat Vietnam,2nd lecturer ,3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je.

Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je.. Aku pulak 3k masa tu. So aku tersangat2 tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu,bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan.

Apa kami buat?

Ak punya part sediakan barang rumah siap2. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar2 benda..tv,sofa,dining table,microwave,oven,washing machine..boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit2 masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa2.

Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang2 apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik.kawan-kawan dia pernah kata

“apsal mahal sngat..ada emas ke kat dia punya *** tu?”

“kita ni pipit dia tu enggang,mana nak sama..cari la perempuan lain,yang muda..yang hantaran murah2..muda2 ni senang nak beranak”

“takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri,tak de la kena bayar mahal2”

“hantaran ko ni include GST sekali ke smpai mahal mcm tu sekali?”

Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger+baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam.

Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru.

Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa2 nak jumpa,nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on. Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata2 nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul2 sabar,jangan bayangkan yang bukan-bukan,jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.

Awal tahun 2016,dia datang merisik. Raya haji kami kawin.

Jenis makayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2 persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la.

Dah habis majlis, makabah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.

“behind every successful man there is a woman”

Alhamdulillah dengan duit hantaran+loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang mcm tak de masa depan tu boleh jadi tauke..aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang.

Tak semua makabah kejam. Ak dulu2 pun pikir makabah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab.

Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu. Aku doakan supaya makabah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang.

– ABANG MEKANIK,I LOVE YOU

Selasa, 18 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS :- AYAH (SIMPLE TAPI SEDIH SAMPAI KE ULU HATI)

Ayah

Aku nak share satu kisah mengenai diri aku yang mungkin boleh jadi panduan dan pengajaran pada yang membaca – aku harap.
Aku lahir dalam satu keluarga yang biasa-biasa. Ayah seorang anggota polis dan ibu suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil, aku dan adik beradik terasa macam kurang kasih sayang ayah. Ayah banyak habiskan masa bekerja luar dan jarang di rumah. Sepanjang masa aku banyak bersama ibu.

Setiap kali hari kantin, hari terbuka untuk ibubapa ambil report card, hari sukan dan hari-hari penting yang lain langsung tidak pernah ayah tunjuk muka untuk hadir. Sehinggakan kadang aku rasa malu bila ibu bapa kawan-kawan datang untuk ambil report card, aku antara yang akhir balik. Sebabnya, report card aku tiada penjaga yang datang ambil.

Pernah aku rancang dengan seorang sepupu untuk menyamar sebagai penjaga disebabkan rasa malu diperli oleh cikgu atau ditinggal oleh kawan-kawan yang balik lebih awal kerana tiada siapa yang datang untuk ambil report card aku.
Setelah beberapa lama, aku sudah terbiasa. Kadang aku pernah minta ibu atau ayah kawan untuk ambil kan dengan beri pelbagai alasan kenapa ibu atau ayah aku tak dapat datang. Ibu sibuk di rumah urus adik-adik yang masih kecil, jadi aku faham kenapa ibu tak boleh datang. Tapi ayah?

Dipendekkan cerita, perkara sama berulang bila aku konvo diploma dan ijazah. Ibu hadir bersama abang dan adik aku. Kami bergambar kenangan bersama. Tapi dalam gambar tu tiada gambar ayah. Alasannya, dia sibuk dan bekerja luar. Aku akur.
Mula bekerja, aku menyertai pasukan keselamatan. Pada hari aku tamat latihan, kelibat ayah masih tidak kelihatan. Aku masih mampu tersenyum saat melambung topi istiadat ke udara bersama kawan-kawan seperjuangan. Atas minat yang mendalam mendorong aku untuk mencuba pemilihan dan kelayakan pasukan khas atau komando. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan-kawan aku lulus dan berjaya memakai beret kebanggaan. Aku sangat bersyukur.

Namun, pada hari aku dipakaikan beret kebanggaan, tiada juga kelibat ayah. Hanya ibu dan adik-beradik yang datang. Aku betul-betul kecewa hari tu. Tak tergambar betapa aku sedih yang teramat. Itu hari besar aku. Aku lihat seorang demi seorang bapa atau ibu memakaikan beret untuk anak mereka. Beret dikepalaku disarungkan oleh seorang pegawai tertinggi pasukan khas. Mengalir airmata ini.

Disebabkan kesibukan kerja, aku semakin jarang di rumah keluarga.Aku tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat aku melapor kerja. Banyak tugasan luar dan masa bersama keluarga semakin kurang. Aku hanya bertemu ayah setahun dua kali itu pun sekiranya aku pulang ke rumah selepas berbulan-bulan kerja luar dan membuat tugasan. Kami berjumpa tapi jarang berkomunikasi. Dan ayah, tidak pernah sekalipun bercakap mengenai kejayaan aku yang bergelar komando – Satu-satunya dalam keluarga.
Suatu hari, aku berpeluang bersemuka dengan ayah secara berdepan berdua. Selama ini kami hanya berjumpa dan berbual biasa. Hubungan kami biasa-biasa cuma renggang disebabkan masa ayah yang selalu mencemburui kami adik-beradik. Sekarang, aku pula yang sibuk manakala ayah menghitung hari-harinya untuk pencen. Dia kerap di rumah dan membuat kerja-kerja kebun pada masa terluang.

Aku tak tahu bagaimana nak bermula. Nak Tanya kenapa ayah tak datang ke majlis penganugerahan beret komando tapi tak terkeluar dari mulut. Aku sayang ayah. Ayah tak pernah pukul atau marah aku. Ayah didik aku sebaiknya.
Aku hulurkan pada ayah, lencana pasukan komando yang aku terima dan berkata, “Ayah, inilah lambang yang pegawai abang bagi masa hari tamat latihan komando hari tu..”

“Nak ayah simpan ke?”

Aku mengangguk. Ayah hanya diam dan menyimpannya dalam beg sandang yang selalu dibawanya ke mana-mana. Aku sedih. Langsung tiada respon dari ayah.

Selepas peristiwa itu, aku makin sibuk. Dan sibukkan diri. Aku semakin jarang di rumah. Aku banyak bertugas di luar kawasan. Dan berkursus yang kadang memakan masa berbulan. Cuti panjang baru aku balik sesekali. Cuti perayaan aku lebih senang dahulukan kawan-kawan yang berkahwin kerana tidak mahu mereka hilang masa bersama anak-anak. Ini kerana kami adik beradik sendiri boleh dikira berapa kali ayah ada pada pagi raya. Aku tak mahu kesibukan menghalang kawan-kawanku yang sama tugas abaikan keluarga. Biarlah aku berkorban.

Beberapa hari sebelum aku dikehendaki mengikuti operasi khas di luar kawasan, ayah diberitakan kurang sihat. Kata ibu, ayah sakit-sakit dada. Aku bercadang untuk balik. Namun, kesibukan disebabkan persediaan operasi dan sebagainya membuatkan aku terlupa dan hari semakin suntuk. Aku tidak sempat balik.

Oleh disebabkan operasi yang aku sertai itu memakan masa lebih kurang sebulan, aku bercadang untuk balik selepas itu. Aku bagitahu ayah. Ayah faham dan dia tidak mahu aku risaukan dia.

Hanya selepas seminggu aku pergi, Semasa bertugas, lebih kurang jam 9 malam, aku dapat panggilan kecemasan. Ayah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Aku memohon kebenaran pegawai atasan untuk bercuti dan diluluskan serta merta. Abang memberitahu, kami sekeluarga bercadang menunggu aku tiba sebelum mengebumikan jenazah selepas solat Zohor.
Rakan sekerja menghantar aku ke lapangan terbang sekitar jam 11 malam. Disebabkan jarak tempat bertugas dan lapangan terbang yang agak jauh. sewaktu tiba di lapangan terbang, kaunter tiket telah tutup. Aku tidak dapat menahan kesedihan dan menangis di surau. Aku keseorangan. Penerbangan paling awal ke Kuala Lumpur adalah pada jam 10 pagi keesokan harinya.

Setengah jam sebelum berlepas, pramugari mengumumkan bahawa penerbangan ditunda 9 jam disebabkan isu teknikal. Penerbangan lain penuh. Aku tahu, aku sudah terlambat. Aku hubungi abang dan meminta disegerakan jenazah dan tidak perlu tunggu aku tiba.

Aku hanya tiba di tanah perkuburan selepas 24 jam selepas jenazah arwah ayah dikebumikan. Semacam aku memang terhalang untuk berjumpa dengan ayah. Sebagai seorang anak lelaki, aku tidak sempat menguruskan jenazah ayah. Mandikan, kafankan, solatkan dan kebumikan ayah. Aku betul-betul ralat dan sedih. Ya, semuanya sudah tersurat. Aku redha.

Selepas semuanya selesai, aku bertemu dengan rakan-rakan arwah yang menziarahi kami. Sewaktu berbual mengenai kebaikan arwah dan kisah lama, seorang rakan arwah memberitahu, arwah pernah menunjukkan pada mereka lambang pasukan komando yang aku beri pada ayah. Juga gambar aku yang digambarkannya segak memakai beret komando. Arwah pernah memberitahu betapa bangganya dia dengan aku pada rakan yang ditemuinya. Bangga punya anak seperti aku.

Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu.

– Mr K

Selasa, 11 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS :-WANITA DAN JODOH

Wanita Dan Jodoh

Yang mana rasa susah nak dapat jodoh tu aku nak share tips ni (untuk wanita). Memang la jodoh tu di tangan tuhan tapi kita tetap kena usaha. Ok, ada je orang cantik tapi tak kahwin2 asek frust je. Tapi kena ingat jugak, ada je yang tak cantik, tapi sampai jugak jodoh. Kita ni dah la bukan cantik, apatah lagi instafamous, camera 360 pun still tak boleh buat magic dekat selfie kita. So, cuba lah kita ubah cara kita. Be prepared.

1. Bau badan
Bukan bentuk badan je yang penting, bau badan. Kadang2 hidung sendiri dah sebati dengan bau badan kita, cuba tanya orang yang terdekat (yang boleh dipercayai, orang yang kita selesa) ada bau something ke. Be brave sekali je untuk masa depan kita jugak. Lagipun minyak wangi still tak boleh cover. Silap2 bau bertambah tengit, yela dah campur dengan bau deodorant lagi. Kau google lah punca bau badan, berlambak keluar. So google next, cara menghilangkan bau badan, berderet keluar jugak. Tolong la jangan ingat kau mandi pagi ni bau wangi kekal sampai pukul 2 pagi esok. Ada aktiviti malam lepas kerja pun balik rumah mandi dulu even nak ke gym ke main futsal ke, lagipun nak mengadap tuhan kan magrib tu. Kau ingat tukar baju je dah cukup. Pengotor. Bukan lama pun mandi. 10minit je dah cukup utk segarkan badan pun sama. Bukan bentuk badan je penting kak oii. Bukan apa, kalau kau malas mandi nanti bau kau melekat tak malu ke malam pertama dengan husband? silap2 pengsan laki kau tu. lagi 1, bau kaki pun kena jaga woi. JANGAN JADI PENGOTOR

2. Penampilan diri
Orang cakap dari mata turun ke hati. Janganlah asalkan tutup aurat kita dah ok sebab kes kau ni dah lain. Tolong lah wanita single, even ko nak keluar kedai runcit pun pakai lah cantik2. Cantik2 tu tak semestinya ketat singkat sendat buku mata palsu, contact lense. Terutama yang suka pakai seluar track, tshirt lusuh, tudung makcik2 jual kueh tu. Please tukar mindset. Ada jugak pergi lepak dengan kawan2 pakai macam tu je. Memang lah lepak dengan kawan2 je, memang lah dah malam, memang lah bukan dating. Please girls fikir outside the box. Kau keluar sambil nak usya jodoh kan, tapi jangan la obvious sangat. Mana la tau, masa pergi kedai runcit tu, tokey kedai tu berkenan tengok ko bergaya dia jodohkan dengan adik dia yang bujang and ada kedai runcit dekat kampung sebelah. Mana lah tau, masa nak keluar kereta rosak, dapat pulak owner kereta yang berhenti nak tolong tu pun tengah cari calon. Mana lah tau kot kau terlanggar bahu mamat yang baru putus cinta. haaaa. So, dah boleh start buang dah pakaian lusuh2 semua tu. Ala, yang cantik tak semestinya mahal, yang mahal tak semestinya cantik. Aku tak la pulak suggest kau pakai heels lepak mamak, tapi kalau kau selesa apa salahnya. JANGAN MALAS UNTUK BERGAYA

3. Rajin2 kan mengemas
Kau kalau tengok bilik tu sampai tinggal lorong tikus je, dah boleh start la book your time. Sesibuk mana pun, book la 3jam seminggu untuk kemas bilik tu. If kau buat everyweek tak la banyak benda nak buat lepas tu. Basuh tuala selimut & cadar setiap minggu atau 2 minggu sekali. Sebab, bau2 tu akan sebati dengan hidung kau lalu melekat di badan kau. Sidai tuala elok2 lipat selimut elok2 jangan peram gumpal2 nanti bau kepam 3 kali cuci pun air rendaman tu boleh buat racun tikus. Tuala tu umpama maruah tau. Biasakan diri jadi pembersih. Sebab nanti kau dah kahwin, itu lah salah 1 kerja kau. Jangan la terpengaruh dekat FB kerja isteri cuma beranak, dapat husband pengotor pemalas macam kau ok jugak dia takda alasan nak cari lain, sebab dia pun tak tau erti bersih, try dapat husband pembersih tapi tau complain je. Padan muka. JANGAN MALAS MENGEMAS

4. Pergi tolong mak kau tu
Kau bayang kan selama hari ni mak kau masak bertungkus lumus nak siapkan juadah hari raya. Pernah sekali masa kau darjah 2 nak tolong masak, mak kau halau suruh tengok tv je, sampai ke umur layak jadi mak orang ni kau ingat so kau tak pernah usik pun barang dapur. Tetiba kau kahwin turn raya rumah mentua, nak ambik hati mentua kau masuk dapur beramah mesra tolong mentua kau yang lebih gagah dari mak kau. Ke hulu ke hilir bawak sudip tak sempat mandi dari pagi punya nak ambik hati. Fair ke? tu baru kisah raya, belum kisah balik kampung time weekend or yang stay dengan parent tu. Tunggu je mak panggil makan. Kau tau, masa darjah 2 tu mak kau halau sebab dia taknak orang cakap kau melangut dengar cerita orang tua. So pergilah tolong mak kau kemas apa yang patut sementara kau single ni. Tolong bancuh air, angkat periuk nasi, susun pinggan, gosok periuk, basuh pinggan. Lagi 1 memang la kau pesan dekat mak kau tak payah basuhkan or sidaikan or lipatkan baju kau nanti kau buat. Kalau dah berterabur semua dalam bilik, rumah mak kau tu kau ingat mak kau nak tengok je. Dah basuh tinggal dalam mesin lepas tu kau pergi berfoya. Mesti lah sakit mata mak kau tu. Kalau ada maid ok ler. Bersedia dari sebelum kahwin lagi buat kerja2 rumah even yang basic pun dah ok. Yela, dalam FB cakap kerja rumah kerja suami, apa salah kau tolong. So, sebelum tolong suami pergi lah tolong mak kau dekat rumah tu. Jangan jadi ular sawa please. Kau jangan ingat kau dah hulur tiap bulan tu cukup untuk kulikan mak kau. JANGAN BERKIRA DENGAN MAK

5. Be a Good Listener
Bab communication ni ramai yg failed. Bila kau ada target mamat jodoh kau tu, baru 2 hari kau dah tanya “u suka i ke?” “u miss me?” “u makan tak ingat dekat i pun” belum apa2 “merajuk lah” baru msj 2x dah confident “i dapat rasa u lah jodoh yg i cari selama ini” alahai puiii. Jual mahal sikit la sisthurrrr. BF 5 6 tahun pun menyampah nak jawab soalan macam tu. Kau tackle slow2. Kau layan kan dia suka sembang pasal apa, kau pun buat la research supaya dia tak cakap dengan dinding. Sembang benda2 santai je. Biar dia selesa bercerita dengan kau. Sampai tahap, 1 day bila dia ada apa2 news/ topik kau orang 1st dia cari. Jangan cepat2 nak declare. Even if dia nak declare awal2 pun kau jual mahal la sikit. Jangan takut jodoh lari, sebab kau dah biasa kan. Kahkahkah. Eleh, relax la kalau dah jodoh tak ke mana kan. Lagi 1 kau jangan nak call dia sangat. Tahan tangan tu dari call dia selalu. Tau kau pakai unlimited call tapi please tahan sebelum declair. Even dah declair pun be classie. Walaupun kau dah buat istikharah selepas jumpa kali pertama & nampak muka dia please jangan excited nak terkam terus. Kadang2 istikharah pun mainan syaitan je. JANGAN GELOJOH

6. Doa & Tawakal
Jangan la percaya benda2 karut pergi jumpa ustaz nak mintak lekat jodoh, mandi bunga bagai. Mengarut je. Doa banyak2 [3:38] & tawakal.

Btw sis dah kahwin & beranak 5, tujuan sis nak share je bukan tunjuk bagus ok. Just my 2cents. Lagi 1 aku bukan berperangai macam dekat atas tu, aku rajin sikit ler & allergic dengan bau busuk & rumah bersepah. Mungkin itu salah 1 punca jodoh kau lambat. Tuhan taknak kau kecewa, bila suami kau buat alasan2 di atas untuk “makan luar”. Kalau kau rasa perangai kau macam dekat atas tu berubah lah. Kadang2 hidup kita dah biasa macam tu, so kita tak nampak apa yang normal orang buat. Kawan2 pulak bukan tahu kita macam mana dekat rumah so macam mana mereka nak nasihat or mereka pun jenis perangai sama.

Mesti lepas baca kau orang pandang kiri kanan kiri kanan, line clear kau cium bau ketiak kau. Peace!!

– Mangga