Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS BM :- DOA IBU UNTUK ALONG.....(SEDIH GILA CERITA DIA NI....AKU BACA SAMBIL MENANGIS KAW2 MACAM PUTUS CINTA)

Aku ada 10 orang adik beradik. Tapi sekarang tinggal 9 orang je. Sebab abang sulung aku dah meninggal dunia.

Kat sini aku nak cerita pasal mak dengan arwah abang aku. Bukan nak buka aib. Sebab bagi aku benda ni bukan aib, tapi boleh dijadikan sebagai pedoman hidup.

Abang sulung aku, masa dia hidup, dia pernah jadi penagih. Dia terjebak dalam benda ni sejak umur dia 15 tahun. Takde siapa pun yang tahu. Macam biasa. Pengaruh kawan. Hari demi hari fizikal dia berubah. Perangai dia berubah. Sampailah mak abah dapat hidu yang dia dah terjebak dengan dadah.

Masa tu mak berdoa supaya Allah lepaskan abang aku dari pengaruh dadah. Setiap hari. Tak pernah berhenti berdoa. Dari umur 15 sampailah umur 32tahun, abang aku masih sama. Masuk pusat pemulihan, keluar kejap okay, lepas tu kawan datang rumah, jadi balik. Ambil dadah balik.

Masa tu semua adik beradik benci along. Muka abah tak selalu ceria. Mak? Tak ada mak kat dalam dunia ni tak sayang anak. Biarlah buruk macam mana pun, teruk macam mana pun, mak tetap ada untuk lindungi anak anak dia.

Satu hari along lari bawak diri. Tak pasti dia pergi mana. Tapi dia tak balik rumah agak lama. Cerita ni mak cerita kat aku lepas along meninggal. Mak cakap masa tu mak berdoa sungguh sungguh. Mak cakap “Ya Allah, kau kembalikanlah anak aku. Bebaskanlah dia dari dadah. Kembalikan dia pada aku. Biarlah apa pun keadaan dia, macam mana pun keadaan dia, aku terima ya Allah”.

Sebulan lepas tu, along tiba2 muncul depan pintu. Tapi masa tu along sakit. Along ni abang yang sangat baik. Tak pernah pukul adik adik, tak pernah marah melampau. Even kalau dia marah, bila dia betul-betul risau je. Tapi dia kan jadi hilang kawalan bila dia dibawah pengaruh dadah je. Jadi along balik, mula-mula dia demam. Mak jaga dia. Mak bawah along naik motor untuk pergi klinik, sebab along perlukan rawatan susulan untuk pastikan dia tak terjebak dengan dadah lagi. Abah kerja subuh, balik malam. Kadang2 kalau along kena pergi hospital, abah akan ambil cuti. Tapi bila abah kerja, maklah yang akan bawak motor pergi klinik dengan along. Adik beradik aku yang lain kerja jauh.

Sejak dari tu, along dah tak ambil dadah. Tapi along tak sihat. Tulang belakang dia makin membengkok. Kadang kadang dia terbaring berhari hari. Tapi bila dia sihat, dia akan bawak adik adik lelaki aku pergi makan, atau beli lah apa apa untuk mak.

Anak anak buah aku semua rapat dengan along. Terutama sekali Kakak, panggilan kitorang untuk dia. Kakak ni kalau dia balik rumah mak abah aku, along akan bawak dia pergi kedai RM2. Macam macam dia beli. Satu hari along demam teruk. Sampai tak lalu makan. Bila dua minggu demam tak kebah, along tak boleh jalan. Mak pinjam kerusi roda arwah kawan aku untuk mudahkan along. Maklah yang mandikan along. Maklah yang buat semua untuk along.

Sebelum along sakit, along ada jumpa seekor kucing. Masa tu hujan, kucing ni berlindung bawah kayu tapi badan dia penuh dengan kerengga. So along kutip dan bawak balik rumah. Kitorang panggil dia May. Nama asal (Marry)

So kucing ni manja sangat dengan along. Along marah kalau takde sapa bagi May makan. Jadi bila along demam 2 minggu tak kebah kebah, mak dengan abah bawak along pergi hospital. Dari hospital daerah, kena hantar ke hospital besar. Dua bulan along kena tahan dekat wad. Dua bulan jugaklah mak duduk dekat hospital. Mak tak balik, takut nak tinggalkan along. Lepas dua bulan, doktor bagi along balik. Tapi tak lama. Seminggu along balik, along sesak nafas semula. Jadi abah rushing bawah along pergi hospital semula. Masa abah angkat along untuk letak dalam kereta, abah menangis. Ye abah menangis. Abah tak pernah menangis depan orang. Tapi haritu abah menangis. Sebab abah cakap along terlalu ringan.

Sekali lagi along kena tahan wad, tapi dekat hospital daerah je. Masa along kena tahan wad, mak mandikan along, pakaikan bedak, tidurkan along. Sampai along kata “mak layan along macam ni, rasa macam baby pulak”.

Satu hari, pukul 3 pagi aku dapat panggilan dari abah. Masa tu aku ada dekat kolej. Aku dah agak, mesti ada sesuatu berlaku. Dalam fikiran aku, memang along je. Abah cakap “abah nak bagitau ni, along dah takde”.

Mak bagitahu, malam sebelum along meninggal tu, abah ada jugak kat hospital, tapi abah balik rumah kejap nak salin baju. Masa abah balik tu, baru along nazak. Masa tu along tahu dia dah nak pergi. “Dia cakap, along takutlah mak”. Mak cakap “along jangan takut, kita semua nanti akan lalui benda yang sama”. “Along nak pergi dah ni mak.” Mak ajar along mengucap, lepastu along pergi. Selama-lamanya. Lepas Along meninggal, May pun hilang.

Aku sampai dekat hospital, sempat cium dahi along untuk kali terakhir. Kakak sampai je kat hospital, dia menangis. Dia tanya Ummi dia, kenapa orang bungkus pak long Ummi, sambil menangis peluk Ummi. Aku panggil Kakak, aku cakap, “Pak Long dah takde, Pak Long pergi jumpa Allah”. Sampai sekarang bila orang tanya dia pasal Pak Long, dia akan jawab benda yang sama.

Aku rindu along. Rindu sangat sangat. Semoga Allah kurniakan along syurga bersama bidadari untuk Along. al-Fatihah

– Hamba Allah

Jumaat, 12 Ogos 2016

DUGAAN ORANG BERTUNANG.........SERIUS BETUL APA YANG ORANG NI KATAKAN......

"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.

"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.

"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi  bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"

Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.

"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"

Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"

"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam lama.

"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"

Syafiq Ridhwan.
Penulis tepian jalanan.

Rabu, 20 Julai 2016

KEKASIH YANG TAK DIANGGAP KERTAS

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

p/s:cukup dua minggu tanpa khabar dari dia
p/s/s:outstation latu
p/s/s/s:suka hilang tanpa khabar berita
p/s/s/s/s:aku rindu giler ngan kau la
p/s/s/s/s/s:kau suka buat aku cam gini
p/s/s/s/s/s/s:tahi kunji betul

Sabtu, 6 Februari 2016

Percutian Yang Ditaja Oleh Elaun Bertugas Di Luar Pejabat Koh Koh Koh

Intro
Ikut Plan Aku yang drive bawa keta aku
tapi c kuntum ni x yakin dengan aku
sebab masa training d bukit kokol aku failed
keta aku mati dan tereverse sendiri
keke

Cerita dd

Khamis, 30 Julai 2015

HOTEL SERI MALAYSIA JAUUUUHHHHHH TERBAWA SUNGKAI DI HATIMU

sepanjang ramadhan ni ada bufet d hotel seri malaysia lawas jadi lepas kerja bersemangat naik dua kereta pergi ke lawas semata mata untuk bersungkai hehe semangat kau nakkkkk.......
  lepas tu kannnnn sibuuuuuuk tanya si zie pasal bufet ni hihihi. c dilla la tu paling sibuk kol kol ni reception pastu yang tidak boleh blah tu reception cakap kejap ya kami sibuk nanti kami kol balik , sampai kesudah kol baliknya tu hanya manis d bibir hahahaha asi kah cakap gitu. pastu balik baliklagi kol c zie yang c zie ni plak lambat bebeno solat nya tiga kali c ceng kol tiga kali jugak dia masi solat d atas rumah dia. rupanya dia siap masak nasi dan kasi garam ikan untuk sungkai nanti hoho dasar........



last last c zie wasap aku iklan bufet ni. pastu esokya gaji terus pegi lawas. sampai sampai pun cun cun lima setengah satu jam lagi maw sungkai. prepare prepare apa yang patut. update status begambar semua. sekali jumpa c jaki dan pamili dorang pun tengah makan bufet. agak ramai jugak la ari ni ful house ingatkan kami jak yang dari sipitang rupanya ramai lagi orang samur. macam majoriti ni dari samur. ada jugak tejumpa kastemer kami.....

tapi tiada kambing bakar ni rupanya kambing tu wekend jak dorang buat pastu charge lain harga. tapi makanan stil sedap aku jumpa ikan masin perghhhh terangkat beb makan sampai dua kali tambah. meja memang full tak baik membazir kalau makan bufet hihi. 

pastu yang lawak nya masa kami di surau tu terjumpa telekung turkey serius first time aku jumpa telekung jenis macam tu. pastu c dila pakai memang aku ketawa lah kawkaw sebab serius macam penguin nih. hahahahahahaha. last last dia tidak jadi pakai telekung tu. dia bilang ni kalau aku pakai ni memang sampai ke sudah kita ndak tesembayang ni. lepas tu boleh plak lepas sembayang dila bawa baring baring d surau. 100 kilometer terlelap la jawabnya. dila kata maw rest kejap sebab maw muntah. makan banyak sangat nih......

sekali dapat kol dari c ceng, c dila dapat kol dari housemete dia. dorang risau kena tinggal babnya lama giler kami d surau hahahahahahaha. bilang c ceng aku ingat kamu tiduuuuur d surauuuuuu. mimangggggg punnnnnn. tapi kalau 
kami tidak tidur memang mengantuk tu tem drive....hihi

maka lepas bayar bil balik lah kami ke sipitang. jumpa c zie kejap. pastu geger cari kucing hilang. sekalinya tertinggal kami jauh d belakang dila bawak laju sudahlah jalan grabel. bilangnya bawa slow slow. slow lah sangat tidak nampak pun lampu kereta dia d depan. pastu kol kol dia kata tunggu d imigresen. sekalinya ada anak kucing tu melumpat dari enjin keta c dilA. berenti lagi aku suru c ceng ambik tu anak kucing. sampai ke sipitang la kami bawa lagi anak kucing tu. 

Isnin, 13 Julai 2015

BISKUT SUJI YANG TAK JADI KOH KOH KOH

salam ramadahan semua......tengok tajuk bukan main semengah kan....ni semua gara gara mesin ni punya pasal

Rabu, 1 Julai 2015

PROMOSI AR RAHNU YaPEIM

ar rahnu yapeim ada menawarkan khidmat cuci emas percuma. jum la datang beramai ramai ke ar rahnu untuk mencuci emas.hehehehehe