Pengikut

Sabtu, 22 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS:-SIMPANAN RM 35,000 PADA USIA 27 TAHUN

Simpanan RM35,000 Pada Usia 27 Tahun

Hari tu aku ada baca pasal cara nak buat savings. Meh aku nak share cara aku buat savings tanpa bantuan parents aku.

Aku umur 27 tahun. Masih bujang dan kerja betul2 kat tengah kl.

Aku grad degree umur 22 tahun. Start kerja tetap hujung umur 23 tahun. Savings aku sekarang aku dah ada rm35 ribu. Aku baru beli rumah dan ada kereta. Aku tak de kredit kad.

Aku ada beberapa akaun.
1. Akaun duit gaji masuk.
2. Akaun tabung haji (obviously duit nak g haji)
3. Akaun bank islam (savings aku dari gaji)
4. Asb

Caranya:
1. Aku memang potong tabung haji. Masa aku mula2 kerja aku dah daftar untuk potong rm200 tetiap bulan dan aku tak pernah kacau. Sekarang ni dalam tabung haji aku dah cukup untuk pergi haji. Tunggu queue je. Tolong doakan ada rezeki aku tahun depan. Nak buat rayuan. Aku buat cam ni sebab nak tak nak duit tu akan dipotong jugak. So aku xde la rasa cam berat nak simpan dan selalunya aku lupa yg aku ada potong untuk tabung haji ni.

2. Asb
Sama mcm kat atas. Aku potong rm200 setiap bulan. One thing pasal asb ni nak keluarkan susah so aku mmg x pernah kacau duit ni. Asb ni pon aku selalu lupa aku ada savings. Haha.

So dekat tabung haji dgn asb ni je. Setahun aku dah ada rm9600 untuk each account. Aku dah kerja almost 4 years. So boleh kira sendiri laa kan.

3. Kwsp
Aku xpernah kacau sampai la aku nak bayar duit downpayment rumah aku. Baru la aku keluarkan dan gunakan 3/4 duit kwsp aku tu. Sekarang ni akaun kwsp aku dah kosong la sebab baru keluarkan. Kat sini aku dah save banyak sebab aku x kacau duit savings aku tu.

4. Overtime
Bila aku terpaksa Overtime kt kerja. Duit overtime tu aku akan masukkan kt bank islam aku. Tu jadi Savings aku. Aku nak g travel ke nak beli apa ke semua aku pakai duit tu.

5. Duit gaji
Setiap bulan aku akan masukkan duit balance gaji aku ni ke bank islam aku. So mmg kira duit gaji aku ni untuk hidup je lah sebulan. Xde la aku mixed up ni duit savings dari bulan lepas ke apa. Nak isi myk ke makan ke dan whatsoever aku pakai duit gaji dr akaun masuk gaji. Kalau nak shopping aku pakai duit savings aku tu.

Aku ni jugak jenis cermat sikit. Kalau aku nak beli sesuatu aku akan beri masa sikit dan kumpul duit. Hati kena tabah beb. Aku akan survey dulu mana murah tp ada kualiti. Aku takkan beli barang secara hutang. Aku akan make sure aku beli cash.

Makan kt kl ni jangan cakap. Sekali makan lunch je dah boleh cecah rm15. So aku selalu jimat kt breakfast and dinner. Sehari aku tetapkan maximum i can go is rm15. So kalau hr tu aku makan rm8 ke. Balance tu aku kumpul la gitu.

6. Ptptn?
Alhamdulillah. Aku grad kelas pertama so aku dpt pelepasan dr bayar ptptn. So kat sini pon aku dah jimat dr bayar. Hehehe. So mohon pelajar2 sana study elok2. Nanti grad xyah fikir nak bayar ptptn tu.

7. Kredit kad
Kadang2 nak book hotel tu susah sikit la bila takde kredit kad ni. Tp skrg ni debit card pon dah widely accepted. So xde masalah dan jangan sesekali amik sbb nanti korang berhutang dia jd semakin banyak sbb xblh kawal diri bila shopping. Haha.

8. Sedekah
Tetiap bulan gaji mestilah akan bg kat mak ayah kat kampung. Beli hadiah kt anak buah aku ke. Belanja parents aku makan. Tapi tetiap bulan aku mmg ada allocation yg aku akan transfer ke akaun yg memerlukan cm aman palestin ke persatuan haiwan terbiar ke atau bila ada orang2 yg perlukan sumbangan (selalu tgk kt newspaper atau page facebook yg aku rasa legit). Aku juga selalu belanja colleague aku makan.

Serious korang rasa duit korang byk keluar tp at the end of the month korang akan terkejut tgk balance ada lagi siap boleh bt Savings. Itu aku percaya the power of sedekah.

Ni aku share cara aku je. Of course orang lain ada komitmen masing2 dan cara sendiri. Sorry kalau rasa cm xmembantu.

– Miss ati

Rabu, 19 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS:-ABANG MEKANIK(SO INSPIRE SEMOGA PERKAHWINAN DIPERMUDAHKAN AAMIIN SANGAT SALUTE DENGAN PEREMPUAN NIH)

Abang Mekanik

Aku berusia 27 tahun,berkelulusan master,bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran 20k, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin 3k. Sabar…jangan judge apa2 dulu.

Aku asal dari utara. Yang orang dok kata “perempuan utara ni mahal2..yes aku sangat terkejut bila makabah aku kata duit kahwin aku 20k (17k+3k). So bermulalah episode ak direject oleh ramai lelaki yang ingin jadikan aku suri hati. Name it…dari kerja pejabat tanah..offshore..cikgu..semua tarik diri bila dengar jumlah duit kawin.

Bila dah cinta sesangat,ak siap pujuk makabah,kurangkan duit hantaran. Jawapan dorang

“kalau kahwin pun nak minta kurang,macam mana nak bela anak mak”

“nak dapat sesuatu kena la usaha”

“senang dapat senang kena buang”

Sampaikan ada sorang mamat tu pernah kata..ermm baik sy beli kereta kalau hantaran dah mcm tu.

Hadehh…

Umur 25,akhirnya berjumpa seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk jadikan aku suri hati dia. Dengar je 20k,dia diam dan cakap akan cuba kumpul duit.

Wahh ni lelaki pertama yang sanggup sahut syarat makabah aku. So malam tu jugak aku call tanya dan minta restu.

”adik boleh terima dia,mak setuju tak?..dia kerja mekanik je..”

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut jugak,sebab abg ipar 1st kije offshore kat Vietnam,2nd lecturer ,3rd PTD. Yang bakal suami aku mekanik cabuk je.

Si dia masa tu gaji dalam 1k je tanpa kwsp,ada motor ex5 je.. Aku pulak 3k masa tu. So aku tersangat2 tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu,bermulalah episode kami buat persediaan untuk masa depan.

Apa kami buat?

Ak punya part sediakan barang rumah siap2. Dari sekecil2 benda hingalah sebesar2 benda..tv,sofa,dining table,microwave,oven,washing machine..boleh kata rumah aku tu dah lengkap la. Semua tu ak beli sikit2 masa belum kawin. Rumah tu memang aku yang beli. Tak de sewa2.

Dia? Dia kumpul duit..memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang2 apa yang aku masak..aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik.kawan-kawan dia pernah kata

“apsal mahal sngat..ada emas ke kat dia punya *** tu?”

“kita ni pipit dia tu enggang,mana nak sama..cari la perempuan lain,yang muda..yang hantaran murah2..muda2 ni senang nak beranak”

“takpayah la kawin dengan orang jauh,kawin yang sama negeri,tak de la kena bayar mahal2”

“hantaran ko ni include GST sekali ke smpai mahal mcm tu sekali?”

Siang kerja bengkel. Malam part time jual burger+baiki kereta sesapa yang rosak tengah2 malam.

Aku memang tak bantu lansung dia kumpul duit. Dia amik masa 24 bulan untuk kumpul duit kahwin. Tempoh 2 tahun tu, nak jumpa/gayut tepon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama. Cuma lain2 fasa je. Rumah sewa dia kat fasa lama,rumah aku fasa baru.

Ni ada sikit pesanan untuk kaum hawa. Masa lelaki tengah kumpul duit,kita yang perempuan ni jangan la buat perangai,merajuk,paksa2 nak jumpa,nak hadiah,nak romantik macam drama kul 7 tu and so on. Kena faham,diaorang menggunakan 200% kudrat yang ada semata2 nak halalkan hubungan dengan kita. Perempuan masa ni kena betul2 sabar,jangan bayangkan yang bukan-bukan,jangan pikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa.

Awal tahun 2016,dia datang merisik. Raya haji kami kawin.

Jenis makayah aku,total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. So apa2 persiapan awal utk majlis pihak perempuan memang kena dahulukan duit pihak perempuan dulu la.

Dah habis majlis, makabah cuma ambil 2k sahaja dari amount sebenar. Aku pun pelik. Rupa2nya selebihnya tu diaorang pulangkan semula pada suami suruh guna untuk buat modal bukak bengkel sendiri.

“behind every successful man there is a woman”

Alhamdulillah dengan duit hantaran+loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri, hire pulak 2 pekerja lagi. Ada plan jugak nak bukak pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. mak mertua cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang mcm tak de masa depan tu boleh jadi tauke..aku gelak2 je..kalau nak kenangkan tempoh 2 tahun si dia usaha kumpul duit tu..allahu tak sanggup nak kenang.

Tak semua makabah kejam. Ak dulu2 pun pikir makabah nak jual aku ke apa mintak smpai 20k. Rupa2nya permintaan diaorang tu bersebab.

Untuk korang yang rasa marah sebab makabah minta hantaran tinggi2 tu. Aku doakan supaya makabah korang ada plan special untuk korang. Insya’allah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang.

– ABANG MEKANIK,I LOVE YOU

Selasa, 18 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS :- AYAH (SIMPLE TAPI SEDIH SAMPAI KE ULU HATI)

Ayah

Aku nak share satu kisah mengenai diri aku yang mungkin boleh jadi panduan dan pengajaran pada yang membaca – aku harap.
Aku lahir dalam satu keluarga yang biasa-biasa. Ayah seorang anggota polis dan ibu suri rumah sepenuh masa. Sejak kecil, aku dan adik beradik terasa macam kurang kasih sayang ayah. Ayah banyak habiskan masa bekerja luar dan jarang di rumah. Sepanjang masa aku banyak bersama ibu.

Setiap kali hari kantin, hari terbuka untuk ibubapa ambil report card, hari sukan dan hari-hari penting yang lain langsung tidak pernah ayah tunjuk muka untuk hadir. Sehinggakan kadang aku rasa malu bila ibu bapa kawan-kawan datang untuk ambil report card, aku antara yang akhir balik. Sebabnya, report card aku tiada penjaga yang datang ambil.

Pernah aku rancang dengan seorang sepupu untuk menyamar sebagai penjaga disebabkan rasa malu diperli oleh cikgu atau ditinggal oleh kawan-kawan yang balik lebih awal kerana tiada siapa yang datang untuk ambil report card aku.
Setelah beberapa lama, aku sudah terbiasa. Kadang aku pernah minta ibu atau ayah kawan untuk ambil kan dengan beri pelbagai alasan kenapa ibu atau ayah aku tak dapat datang. Ibu sibuk di rumah urus adik-adik yang masih kecil, jadi aku faham kenapa ibu tak boleh datang. Tapi ayah?

Dipendekkan cerita, perkara sama berulang bila aku konvo diploma dan ijazah. Ibu hadir bersama abang dan adik aku. Kami bergambar kenangan bersama. Tapi dalam gambar tu tiada gambar ayah. Alasannya, dia sibuk dan bekerja luar. Aku akur.
Mula bekerja, aku menyertai pasukan keselamatan. Pada hari aku tamat latihan, kelibat ayah masih tidak kelihatan. Aku masih mampu tersenyum saat melambung topi istiadat ke udara bersama kawan-kawan seperjuangan. Atas minat yang mendalam mendorong aku untuk mencuba pemilihan dan kelayakan pasukan khas atau komando. Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan-kawan aku lulus dan berjaya memakai beret kebanggaan. Aku sangat bersyukur.

Namun, pada hari aku dipakaikan beret kebanggaan, tiada juga kelibat ayah. Hanya ibu dan adik-beradik yang datang. Aku betul-betul kecewa hari tu. Tak tergambar betapa aku sedih yang teramat. Itu hari besar aku. Aku lihat seorang demi seorang bapa atau ibu memakaikan beret untuk anak mereka. Beret dikepalaku disarungkan oleh seorang pegawai tertinggi pasukan khas. Mengalir airmata ini.

Disebabkan kesibukan kerja, aku semakin jarang di rumah keluarga.Aku tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tempat aku melapor kerja. Banyak tugasan luar dan masa bersama keluarga semakin kurang. Aku hanya bertemu ayah setahun dua kali itu pun sekiranya aku pulang ke rumah selepas berbulan-bulan kerja luar dan membuat tugasan. Kami berjumpa tapi jarang berkomunikasi. Dan ayah, tidak pernah sekalipun bercakap mengenai kejayaan aku yang bergelar komando – Satu-satunya dalam keluarga.
Suatu hari, aku berpeluang bersemuka dengan ayah secara berdepan berdua. Selama ini kami hanya berjumpa dan berbual biasa. Hubungan kami biasa-biasa cuma renggang disebabkan masa ayah yang selalu mencemburui kami adik-beradik. Sekarang, aku pula yang sibuk manakala ayah menghitung hari-harinya untuk pencen. Dia kerap di rumah dan membuat kerja-kerja kebun pada masa terluang.

Aku tak tahu bagaimana nak bermula. Nak Tanya kenapa ayah tak datang ke majlis penganugerahan beret komando tapi tak terkeluar dari mulut. Aku sayang ayah. Ayah tak pernah pukul atau marah aku. Ayah didik aku sebaiknya.
Aku hulurkan pada ayah, lencana pasukan komando yang aku terima dan berkata, “Ayah, inilah lambang yang pegawai abang bagi masa hari tamat latihan komando hari tu..”

“Nak ayah simpan ke?”

Aku mengangguk. Ayah hanya diam dan menyimpannya dalam beg sandang yang selalu dibawanya ke mana-mana. Aku sedih. Langsung tiada respon dari ayah.

Selepas peristiwa itu, aku makin sibuk. Dan sibukkan diri. Aku semakin jarang di rumah. Aku banyak bertugas di luar kawasan. Dan berkursus yang kadang memakan masa berbulan. Cuti panjang baru aku balik sesekali. Cuti perayaan aku lebih senang dahulukan kawan-kawan yang berkahwin kerana tidak mahu mereka hilang masa bersama anak-anak. Ini kerana kami adik beradik sendiri boleh dikira berapa kali ayah ada pada pagi raya. Aku tak mahu kesibukan menghalang kawan-kawanku yang sama tugas abaikan keluarga. Biarlah aku berkorban.

Beberapa hari sebelum aku dikehendaki mengikuti operasi khas di luar kawasan, ayah diberitakan kurang sihat. Kata ibu, ayah sakit-sakit dada. Aku bercadang untuk balik. Namun, kesibukan disebabkan persediaan operasi dan sebagainya membuatkan aku terlupa dan hari semakin suntuk. Aku tidak sempat balik.

Oleh disebabkan operasi yang aku sertai itu memakan masa lebih kurang sebulan, aku bercadang untuk balik selepas itu. Aku bagitahu ayah. Ayah faham dan dia tidak mahu aku risaukan dia.

Hanya selepas seminggu aku pergi, Semasa bertugas, lebih kurang jam 9 malam, aku dapat panggilan kecemasan. Ayah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Aku memohon kebenaran pegawai atasan untuk bercuti dan diluluskan serta merta. Abang memberitahu, kami sekeluarga bercadang menunggu aku tiba sebelum mengebumikan jenazah selepas solat Zohor.
Rakan sekerja menghantar aku ke lapangan terbang sekitar jam 11 malam. Disebabkan jarak tempat bertugas dan lapangan terbang yang agak jauh. sewaktu tiba di lapangan terbang, kaunter tiket telah tutup. Aku tidak dapat menahan kesedihan dan menangis di surau. Aku keseorangan. Penerbangan paling awal ke Kuala Lumpur adalah pada jam 10 pagi keesokan harinya.

Setengah jam sebelum berlepas, pramugari mengumumkan bahawa penerbangan ditunda 9 jam disebabkan isu teknikal. Penerbangan lain penuh. Aku tahu, aku sudah terlambat. Aku hubungi abang dan meminta disegerakan jenazah dan tidak perlu tunggu aku tiba.

Aku hanya tiba di tanah perkuburan selepas 24 jam selepas jenazah arwah ayah dikebumikan. Semacam aku memang terhalang untuk berjumpa dengan ayah. Sebagai seorang anak lelaki, aku tidak sempat menguruskan jenazah ayah. Mandikan, kafankan, solatkan dan kebumikan ayah. Aku betul-betul ralat dan sedih. Ya, semuanya sudah tersurat. Aku redha.

Selepas semuanya selesai, aku bertemu dengan rakan-rakan arwah yang menziarahi kami. Sewaktu berbual mengenai kebaikan arwah dan kisah lama, seorang rakan arwah memberitahu, arwah pernah menunjukkan pada mereka lambang pasukan komando yang aku beri pada ayah. Juga gambar aku yang digambarkannya segak memakai beret komando. Arwah pernah memberitahu betapa bangganya dia dengan aku pada rakan yang ditemuinya. Bangga punya anak seperti aku.

Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu.

– Mr K

Selasa, 11 Oktober 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS :-WANITA DAN JODOH

Wanita Dan Jodoh

Yang mana rasa susah nak dapat jodoh tu aku nak share tips ni (untuk wanita). Memang la jodoh tu di tangan tuhan tapi kita tetap kena usaha. Ok, ada je orang cantik tapi tak kahwin2 asek frust je. Tapi kena ingat jugak, ada je yang tak cantik, tapi sampai jugak jodoh. Kita ni dah la bukan cantik, apatah lagi instafamous, camera 360 pun still tak boleh buat magic dekat selfie kita. So, cuba lah kita ubah cara kita. Be prepared.

1. Bau badan
Bukan bentuk badan je yang penting, bau badan. Kadang2 hidung sendiri dah sebati dengan bau badan kita, cuba tanya orang yang terdekat (yang boleh dipercayai, orang yang kita selesa) ada bau something ke. Be brave sekali je untuk masa depan kita jugak. Lagipun minyak wangi still tak boleh cover. Silap2 bau bertambah tengit, yela dah campur dengan bau deodorant lagi. Kau google lah punca bau badan, berlambak keluar. So google next, cara menghilangkan bau badan, berderet keluar jugak. Tolong la jangan ingat kau mandi pagi ni bau wangi kekal sampai pukul 2 pagi esok. Ada aktiviti malam lepas kerja pun balik rumah mandi dulu even nak ke gym ke main futsal ke, lagipun nak mengadap tuhan kan magrib tu. Kau ingat tukar baju je dah cukup. Pengotor. Bukan lama pun mandi. 10minit je dah cukup utk segarkan badan pun sama. Bukan bentuk badan je penting kak oii. Bukan apa, kalau kau malas mandi nanti bau kau melekat tak malu ke malam pertama dengan husband? silap2 pengsan laki kau tu. lagi 1, bau kaki pun kena jaga woi. JANGAN JADI PENGOTOR

2. Penampilan diri
Orang cakap dari mata turun ke hati. Janganlah asalkan tutup aurat kita dah ok sebab kes kau ni dah lain. Tolong lah wanita single, even ko nak keluar kedai runcit pun pakai lah cantik2. Cantik2 tu tak semestinya ketat singkat sendat buku mata palsu, contact lense. Terutama yang suka pakai seluar track, tshirt lusuh, tudung makcik2 jual kueh tu. Please tukar mindset. Ada jugak pergi lepak dengan kawan2 pakai macam tu je. Memang lah lepak dengan kawan2 je, memang lah dah malam, memang lah bukan dating. Please girls fikir outside the box. Kau keluar sambil nak usya jodoh kan, tapi jangan la obvious sangat. Mana la tau, masa pergi kedai runcit tu, tokey kedai tu berkenan tengok ko bergaya dia jodohkan dengan adik dia yang bujang and ada kedai runcit dekat kampung sebelah. Mana lah tau, masa nak keluar kereta rosak, dapat pulak owner kereta yang berhenti nak tolong tu pun tengah cari calon. Mana lah tau kot kau terlanggar bahu mamat yang baru putus cinta. haaaa. So, dah boleh start buang dah pakaian lusuh2 semua tu. Ala, yang cantik tak semestinya mahal, yang mahal tak semestinya cantik. Aku tak la pulak suggest kau pakai heels lepak mamak, tapi kalau kau selesa apa salahnya. JANGAN MALAS UNTUK BERGAYA

3. Rajin2 kan mengemas
Kau kalau tengok bilik tu sampai tinggal lorong tikus je, dah boleh start la book your time. Sesibuk mana pun, book la 3jam seminggu untuk kemas bilik tu. If kau buat everyweek tak la banyak benda nak buat lepas tu. Basuh tuala selimut & cadar setiap minggu atau 2 minggu sekali. Sebab, bau2 tu akan sebati dengan hidung kau lalu melekat di badan kau. Sidai tuala elok2 lipat selimut elok2 jangan peram gumpal2 nanti bau kepam 3 kali cuci pun air rendaman tu boleh buat racun tikus. Tuala tu umpama maruah tau. Biasakan diri jadi pembersih. Sebab nanti kau dah kahwin, itu lah salah 1 kerja kau. Jangan la terpengaruh dekat FB kerja isteri cuma beranak, dapat husband pengotor pemalas macam kau ok jugak dia takda alasan nak cari lain, sebab dia pun tak tau erti bersih, try dapat husband pembersih tapi tau complain je. Padan muka. JANGAN MALAS MENGEMAS

4. Pergi tolong mak kau tu
Kau bayang kan selama hari ni mak kau masak bertungkus lumus nak siapkan juadah hari raya. Pernah sekali masa kau darjah 2 nak tolong masak, mak kau halau suruh tengok tv je, sampai ke umur layak jadi mak orang ni kau ingat so kau tak pernah usik pun barang dapur. Tetiba kau kahwin turn raya rumah mentua, nak ambik hati mentua kau masuk dapur beramah mesra tolong mentua kau yang lebih gagah dari mak kau. Ke hulu ke hilir bawak sudip tak sempat mandi dari pagi punya nak ambik hati. Fair ke? tu baru kisah raya, belum kisah balik kampung time weekend or yang stay dengan parent tu. Tunggu je mak panggil makan. Kau tau, masa darjah 2 tu mak kau halau sebab dia taknak orang cakap kau melangut dengar cerita orang tua. So pergilah tolong mak kau kemas apa yang patut sementara kau single ni. Tolong bancuh air, angkat periuk nasi, susun pinggan, gosok periuk, basuh pinggan. Lagi 1 memang la kau pesan dekat mak kau tak payah basuhkan or sidaikan or lipatkan baju kau nanti kau buat. Kalau dah berterabur semua dalam bilik, rumah mak kau tu kau ingat mak kau nak tengok je. Dah basuh tinggal dalam mesin lepas tu kau pergi berfoya. Mesti lah sakit mata mak kau tu. Kalau ada maid ok ler. Bersedia dari sebelum kahwin lagi buat kerja2 rumah even yang basic pun dah ok. Yela, dalam FB cakap kerja rumah kerja suami, apa salah kau tolong. So, sebelum tolong suami pergi lah tolong mak kau dekat rumah tu. Jangan jadi ular sawa please. Kau jangan ingat kau dah hulur tiap bulan tu cukup untuk kulikan mak kau. JANGAN BERKIRA DENGAN MAK

5. Be a Good Listener
Bab communication ni ramai yg failed. Bila kau ada target mamat jodoh kau tu, baru 2 hari kau dah tanya “u suka i ke?” “u miss me?” “u makan tak ingat dekat i pun” belum apa2 “merajuk lah” baru msj 2x dah confident “i dapat rasa u lah jodoh yg i cari selama ini” alahai puiii. Jual mahal sikit la sisthurrrr. BF 5 6 tahun pun menyampah nak jawab soalan macam tu. Kau tackle slow2. Kau layan kan dia suka sembang pasal apa, kau pun buat la research supaya dia tak cakap dengan dinding. Sembang benda2 santai je. Biar dia selesa bercerita dengan kau. Sampai tahap, 1 day bila dia ada apa2 news/ topik kau orang 1st dia cari. Jangan cepat2 nak declare. Even if dia nak declare awal2 pun kau jual mahal la sikit. Jangan takut jodoh lari, sebab kau dah biasa kan. Kahkahkah. Eleh, relax la kalau dah jodoh tak ke mana kan. Lagi 1 kau jangan nak call dia sangat. Tahan tangan tu dari call dia selalu. Tau kau pakai unlimited call tapi please tahan sebelum declair. Even dah declair pun be classie. Walaupun kau dah buat istikharah selepas jumpa kali pertama & nampak muka dia please jangan excited nak terkam terus. Kadang2 istikharah pun mainan syaitan je. JANGAN GELOJOH

6. Doa & Tawakal
Jangan la percaya benda2 karut pergi jumpa ustaz nak mintak lekat jodoh, mandi bunga bagai. Mengarut je. Doa banyak2 [3:38] & tawakal.

Btw sis dah kahwin & beranak 5, tujuan sis nak share je bukan tunjuk bagus ok. Just my 2cents. Lagi 1 aku bukan berperangai macam dekat atas tu, aku rajin sikit ler & allergic dengan bau busuk & rumah bersepah. Mungkin itu salah 1 punca jodoh kau lambat. Tuhan taknak kau kecewa, bila suami kau buat alasan2 di atas untuk “makan luar”. Kalau kau rasa perangai kau macam dekat atas tu berubah lah. Kadang2 hidup kita dah biasa macam tu, so kita tak nampak apa yang normal orang buat. Kawan2 pulak bukan tahu kita macam mana dekat rumah so macam mana mereka nak nasihat or mereka pun jenis perangai sama.

Mesti lepas baca kau orang pandang kiri kanan kiri kanan, line clear kau cium bau ketiak kau. Peace!!

– Mangga

Sabtu, 20 Ogos 2016

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS-ISTERI PEMALAS, SUAMI TEGAS(CONFESS TERBAIK SETAKAT INI AKU PERNAH BACA...KIPIDAP WRITER

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve confession saya ni. Saya ni bukan student UIA tapi suka baca confessions kat dalam page ni. Saya saja nak cerita pengalaman rumahtangga yang tak lah lama mana tapi ada pengajaran buat saya.

Suami saya (Am) dan saya sebaya, 27 tahun. Kami berkenalan masa pra-u tapi lepas tu masing-masing masuk universiti yang berbeza. Kami memang tak saling berhubung pun. Tapi saya admire dia sebab dia ni jenis yang tahu apa yang dia nak buat. Dia minat dengan apa yang dia buat dan bersungguh2. Itu kesimpulan saya berdasarkan apa yang saya baca dalam blog dia lah (zaman blogging time ni).

Berbeza dengan Am, saya ni sangat pelupa, lengai, dan tak ada cita2 maka sebab tu saya macam tak ada pedoman nak study. Oleh sebab Am ialah orang yang saya impi nak jadi, saya admire dia. Senyap2lah kan.

Dalam masa 4 tahun di uni, dia pernah mesej kat Yahoo Messenger dua kali. Dua2 kali pun hantar “Salam” saja. Bila saya reply, sampai ke sudah tak reply balik. Saya pun terfikir, ‘dia ni minat kat aku tapi malu ke?’ Hehe.

Dipendekkan cerita, bila dah grad, dah kerja, pada suatu petang hujung minggu yang menyeronokkan untuk tidur, lecturer saya call saya. Rupa-rupanya dia membawa hajat melamar bagi pihak Am. Saya mamai pada waktu tu, nak cakap fikir dulu baru bagi jawapan tapi terjawab macam setuju terus pulak. Lepas segar tu baru rasa cuak2.

Memang saya dan Am tak kenal sangat. Taaruf pun gitu2 je. Bila dah kahwin terkejut beruk saya bila dia perkenalkan saya pada ayah dia. Sebab saya mati2 ingat ayah dia dah meninggal. Sebab dulu masa bertunang saya ziarah mak dia je ada kat rumah. Saya pun jenis malu tak bertempat dan berat mulut so saya tak tanya pasal ayah dia dan pandai2 buat assumption. Rupa2nya ayah dia masih hidup dan sihat walafiat.

Masa dah kahwin pun barulah saya baru tahu sikap suami saya ni. Dia ni garang dan tegas sangat. Kalau berlaku ketidakadilan memang dia akan menghukum time tu jugak. So kalau korang potong barisan kat jalanraya pastu kereta tu buat tak puas hati kat korang, brace yourself, that could be my husband haha.

Selain tu, Am ni memang terbaik, sebagai suami, anak, ayah, dan orang biasa. Pernah sekali dia singgah kat kedai untuk beli barang dapur. Saya tunggu dalam kereta je. Am kata saya ni lambat so kalau dia je yang shopping jadi cepat sikit. Memang betullah tu. Tiba2 ada seorang makcik tua yang teragak2 nak lintas jalan kat tepi tu. Suami saya pun tolong makcik tu angkat barang2 dia dan lintas jalan. Lepas tu dia patah balik. Saya cam kagum gila time tu.

Am ni memang boleh dikatakan matanglah.

Saya pula, masa kahwin dulu, masak megi pun haram tak reti. Yang saya tahu megi ni rendam dalam air panas 2 minit je (bujang style). Kemas rumah pun tak rajin, cuci toilet pun tak rajin. Memang tak alert dengan benda2 camtu. Saya ni macam perempuan yang confessors sebelum2 ni cerita la -bertudung labuh tapi malas.

Seriously saya memang tak alert dengan benda2 macam tu. Saya tak tahu pun semua tu common sense. Saya tak rasa pun bila nampak benda kotor, kena bersihkan. Bila lapar, masak. Bila nampak orang jatuh, sambut. Saya buat lengai je. Tentang semua tu, anggaplah saya dibesarkan di sebuah planet di mana common sense tidak diajar dan everything semua spoon feeded je. Saya pun tak reti nak akrab dengan orang so dengan kawan2 pun saya tak sampai ke tahap nak belajar dan perhati cara hidup diorang.

Am pun streslah dengan bini dia ni. Dahlah dia ni spesis rare yang tak suka langsung makan kat luar, dapat pulak isteri yang tak reti masak. Nak belajar masak, buat blur dulu, tenung periuk. Last2 Mr. Efficient tu la yang buat semua.

Bila balik kampung, Am asyik suruh saya tolong mertua saya buat itu ini. Saya pulak time tu stres sangat. Rasa macam terpaksa buat semua benda. Time tu saya dapat tahu pulak sebenarnya yang bagi salam dalam YM dulu tu bukan Am, tapi housemate dia saja main2.

Ya Allah, waktu tu rasa macam tertipu je sebab perasan. Emosi menguasai diri, mulalah setan cuit2 suruh rebel. Masa tu, kalau dalam fb ada wanita buat status ‘dalam islam isteri tak wajib buat kerja rumah, tugas isteri layan suami je’, saya kembang kuncup hidung bersemangat menyokong dalam hati.

Lepas tu saya muhasabah balik diri sendiri. Saya start compare life saya dan family suami saya. Diorang sangat rajin. Suami saya pun telah banyak put effort dan berkorban untuk saya.

Contohnya dia tak suka makan kat luar. Lama2 dia longgarkan pegangan dia tu, bawa saya keluar makan kerap2. Anak pun dia tolong uruskan. Pegi check up bulanan anak kat klinik pun dia hantarkan, siap ambil cuti lagi. Selalu tolong kemas rumah, cuci dapur. Tapi dia selalu gagal bab cari barang.

Suatu hari dia belikan saya kerusi malas ikea (surprise). Katanya kesian tengok saya letih buat kerja rumah. Pernah sekali dia beli iron yang tinggi tu (tak ingat nama dia), yang jenis orang pakai kat kedai jual baju, gantung baju pada hanger, lalukan pemegang kat baju, keluar wap panas dan baju terus jadi straight je. Saya kata kenapa beli iron ni. Katanya sebab saya puji iron ni masa pergi butik sedara haritu. Haha saya puji je, sebab tengah berbasa-basi bersembang. Manala saya reti guna iron tu. Sampai ke sudah tak guna pun.

Pelik juga dia korbankan macam-macam, sebab suami saya ni jenis penyayang duit (bukan kedekut lol). Sebab dia datang dari family yang susah. Masa kecil2 dah menabung kumpul duit. Masa ambil degree buat kerja part time. Sampai pernah kerja cuci toilet. Tapi kerja seminggu je sebab bos dia nak bagi kerja tu pada orang yang lebih memerlukan. Last2 kerja kat mall. (ok kalau nak cerita pasal Am saja boleh buat post lain ni)

Mula2 dulu bila mak mertua saya start masak, suami saya cepat2 suruh saya pergi tolong. Kalau saya buat malas, dia berleter haha.

Lama2 daripada terpaksa jadi suka pulak. Lepas tu saya alert saja dengan jadual mertua saya. Bila saya dengar bunyi kat dapur, melompatlah saya ke sana. Rumah sendiri pun saya kemas dengan jayanya walaupun kena sapu enam tujuh kali sehari sebab ada anak yang suka menjamu semut. Sekarang nak masak pun cam guna sebelah mata je (poyonya aku). Sambal, kari, masak lemak, roti jala, nasi ayam, karipap, bolehlah saya masak. Cuma time kena kat lauk ayam masak kicap yang mudah tu asyik fail pulak.

Sekarang ni saya pulak yang bebel kat suami kalau dia tak tolong mak dia. Suami saya ni rajin membantu juga. Tapi dulu asyik suruh saya je buat kalau kat rumah mertua. Saya pun tanya kenapa dia paksa saya buat kerja. Rupa2nya dia nak saya dilihat sebagai menantu yang baik. Betul juga tu, fikir saya. Malas kat rumah sendiri takpe lagi. Suami saya fikir kebaikan saya je selama ni. Memang mak mertua lebih sayang saya sekarang ni atas jasa suami yang berjaya mendidik.

Kalau saya balik ke planet saya, saya pulak yang rasa pelik dengan attitude penduduknya.

Kesimpulan saya kat sini ialah:

1. Dalam perkahwinan kita boleh datang dari background yang pelbagai. Dari sangat baik sampailah ke worst. Macam mana nak cari persamaan, suami isteri kena put effort. Dua2. Saya masih lagi put effort, Am pun masih put effort. Kalau sorang je memang lambat (tapi tak mustahil).Dan of course, nak put effort kena berkorban, bersabar, pasti ada banyak drama panas hati dan ayer mata. Itu lumrah berumahtangga. Gaduh, baik, gaduh balik.

2. Kena selalu bermuhasabah. Refer everything pada Allah. Minta petunjuk. Tak perlu ilmu agama yang tinggi untuk start bermuhasabah. Sambil mandi pun boleh buat. Nak lagi cantik, selalu usaha dekatkan diri dengan Allah dengan segala kemampuan kita. Dengan itu, hati lebih lembut untuk bermusabah dan bertenang.

3. Solat berjemaah suami isteri. Serius ni. Saling support untuk buat benda baik. Isteri buat cengih sikit kalau suami malas bab2 ibadah. Isteri bukannya tak boleh bimbing suami. Kalau Am marah kat jalanraya sampai nak termencarut, saya pesan balik, sebut ‘bab satu’ je. Better dari sebut b*** tu. (orang lelaki ni memang suka mencarut eh?)

4. Suami kalau boleh kena dominant sikit. Jadi pemimpin. Tegas dan mendidik.(feminis mesti marah saya ni) Isteri walaupun seorang yang lebih terer leadership di luar sana, respeklah pada suami. Takut campur sayang = sakut? Kalau tak reti nak jadi follower, berlakon konon macam reti. Lama2 jadi reti. Tapi still macam kat atas tadi dah cakap, isteri kena bimbing suami kalau dia tersalah.

5. Terima orang seadanya. Buka pintu hati, lapangkan dada. Terima both kelemahan dan kelebihan dia. Orang lain pun pasti susah nak digest perangai pelik kita tapi diorang berusaha. Kita pun kena buat yang sama.

6. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.

7. Jangan tidur petang.

Ok itu je. Sorry for the long post.

– Isteri Am

CERITA FAVORITE AKU DALAM IIUM CONFESSIONS BM-RELAXLAH KALAU JODOH BELUM ADA.... (AKU TENGAH RILEX LANI WALAUPUN UMO AKU DAH 32)

Terima kasih admin approve confession ni. Nasihat ini daripada orang yang dah berkahwin, ditujukan untuk orang perempuan yang masih tercari-cari jodoh. Berdasarkan pengalaman, aku kahwin takde la pada usia yang muda sangat. Umur 25 tahun ke atas dah ada suami. Betul lah orang cakap, bukan persiapan kenduri kena utamakan, tapi ilmu rumah tangga tu yang kena lengkap sebelum jadi bini orang. So lepas kahwin jadi rasa tak seronok bila ade masalah. Dah start seronok tengok kawan yang bujang enjoy their life. So ini antara nasihat untuk yang risau sangat jodoh tak sampai lagi:

1) Kalau tak kahwin lagi sebab takde calon, kau relax je. Tenang. Enjoy moment kau. Sebab bukan semua yang kahwin awal happy semata-mata. Kau nampak indah je upload gambar nikah kat facebook tapi hakikatnya yang bergolak takde siapa tahu.

2) Kalau kau ni jenis perempuan yang ambitious, kejar cita-cita dulu. Nak sambung belajar kau sambung je. Dapat kerja best, kerja betul-betul. Lepas kahwin belum tentu suami kau bagi kau sambung belajar atau kerja. Kalau bagi Alhamdulillah la. Tapi perempuan zaman sekarang majority nak ade pendapatan sendiri, tak nak bergantung dekat suami. At least kalau suami kau dah meninggal ke, cari perempuan lain ke, kau boleh survive dengan duit gaji kau.

3) Kalau kau ni jenis kuat memberontak, didik diri kau dulu jadi penyabar sebelum kahwin. Lepas kahwin kalau keje nak melawan je alamat tempah tiket ke neraka la.

4) Jangan tergopoh gapah nak kahwin. Kenal hati budi dulu. Kau jangan main sebat je. Sebab lepas kahwin kau akan nampak semua perangai sebenar dia. Masa ni la nampak perangai pelik dan tak senonoh pasangan. Kalau rasa tak berkenan masa dlm tempoh perkenalan, kau jangan kahwin. Lantak lah orang cakap kau anak dara tua ke apa. Kau nak hidup dengan dia bukan sehari dua.

5) Kalau perangai malas tu masih bermaharaja lela better jangan kahwin lagi sampai la kau dah improve perangai kau. Nanti dah kahwin kau nak tolong mak mertua kat dapur. Masa tu la rasa hipokritnya sebab kat rumah mak sendiri pon tak tolong. Bangun pun tengah hari. Sampai kat rumah mak mertua dah kena duduk dapur. Dapat pulak mak mertua yang duk dapur 24 jam. Buat kerja jadi tak ikhlas.

So untuk siapa yang tak kahwin lagi tu pergi enjoy dulu. Tak mati pun tak kahwin.

– Puan Atas Kertas

Rabu, 17 Ogos 2016

AYAT FAVORITE AKU DALAM FACEBOOK:-ALASAN STAF LAMBAT DATANG PERGI KERJA

Pagi-pagi aku dapat mesej dari 'assistant' aku. Bunyinya begini.

-Encik Harith. Saya lambat sket datang. Takde air pulak.-

Aku tanya balik.

-Apa kaitan datang lambat dengan takde air?-

Lepas lima minit, dia jawab.

-Err.. Saya kat toilet ni. Tengah buang air besar. Tiba-tiba takde air. Nak cebuk macam mana encik? Dah setengah jam saya tunggu...-

Lepas dapat mesej tu. Aku hanya balas icon smiley. Tak tahu nak marah ke, nak kesian. Kehkeh

Ciaannnn....

-Harith hakeem